Pasangan Pengantin Terpaksa ‘Bersanding’ Di Balai Polis

Selangor – Akibat ditipu oleh sepasang perunding perkahwinan. Pasangan pengantin terpaksa ‘berkampung’ di Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam sehingga malam.

Sepasang perunding perkahwinan yang menawarkan pakej harga runtuh di laman sosial dengan menyediakan lauk seperti udang panjat nanas, nasi minyak, ayam masak merah, ikan siakap dan ayam golek telah menarik minat pasangan pengantin Azrul Alif Mohd dan isterinya Farah Nadhilah Johar untuk menggunakan khidmat pasangan terbabit.

Tidak disangka boleh menjadi mangsa tipu pasangan perunding perkahwinan tersebut. Pasangan pengantin terpaksa menghidangkan ‘makanan segera’ kepada tetamu yang hadir, bila makanan yang ditempah tidak dihidangkan semasa majlis sedang berlangsung. Pasangan pengantin ini terpaksa ‘berkampung’ di Balai Polis untuk menyelesaikan masalah ini dengan pasangan perunding.

Terpaksa menutup malu apabila makanan majlis kahwin tidak dapat dihidangkan.. Ibu bapa pengantin mengambil keputusan untuk menghidangkan tetamu dengan masakan menu pucuk paku, ayam masak merah dan nasi putih yang dibeli di tiga buah restoran.

“Kami tiada pilihan dan bergegas ke beberapa restoran berhampiran untuk membeli lauk bungkus. Segalanya dilakukan dalam keadaan huru-hara berikutan majlis perkahwinan sudah bermula,” katanya.

Bertambah malang, bukan saja ditipu menu makanan yang ditempah tidak sampai semasa majlis perkahwinan.. Bayaran pendahuluan RM6,500 dari kos keseluruhan pakej RM9,000 juga turut hangus begitu sahaja.

Pasangan pengantin ini agak terkejut ditipu oleh perunding perkahwinan ini yang menyembunyikan sikap sebenar mereka di sebalik perwatakan alim. Isteri perundingan perkahwinan ini berpenampilan alim dengan berpakaian purdah.

Difahamkan, pasangan pengantin ini bukanlah pasangan pertama ditipu oleh pasangan perunding ini.. Sudah beberapa pasangan pengantin dan pihak katering yang menjadi mangsa tipu helah pasangan perunding ini.

Sementara itu, pasangan pengantin yang telah menjadi mangsa tipu akui betul-betul kecewa dan malu dengan tetamu yang telah hadir ke majlis perkahwinan mereka.. Ibu bapa pengantin hanya dapat memberi ‘goodies’ untuk tetamu yang hadir semasa majlis kahwin anak mereka..

Laporan polis telah pun di buat dan siasatan masih lagi dijalankan.. Menurut laporan, akan ada beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa-mangsa yang telah ditipu pasangan perunding perkahwinan itu dalam masa terdekat ini.. – MissA/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s