PAS Fitnah BN Umpan BR1M Untuk Menang Pilihanraya

Bukan sahaja bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melemparkan fitnah kononnya Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah rasuah dari Barisan Nasional (BN) bagi meraih undi dan sokongan dalam Pilihan Raya Umum (PRU).

Akan tetapi, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) juga melemparkan fitnah yang sama, apabila mendakwa kononnya BR1M merupakan satu umpan BN terhadap rakyat bagi menempah tiket kemenangan dalam pilihan raya. Pemberian wang ringgit juga dianggap sebagai tradisi yang telah pun dimulakan sebelum pemerintahan kini.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari menuduh dengan pemberian BR1M tersebut ia bakal menjadikan BN semakin kuat… Lantas menjadi satu strategi baru dalam memenangi hati rakyat, sekali gus menang dalam PRU.

Benarkah tuduhan PAS yang mengatakan BR1M hanyalah umpan bagi meraih undi?? Korang yang jadi penerima BR1M ni apa perasaan korang?? Adakah kerajaan letakkan syarat undi BN dulu, baru duit BR1M masuk? Rasa Gomez takde pun! Jadi tuduhan PAS dan Mahathir mengenai BR1M ini adalah sangat melampau.

Taktik mengugut dan menggunakan umpan untuk meraih kemenangan mudah bukan cara BN… Jika dahulu sebelum pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak… Sudah ada tradisi pemberian Wang Ehsan. Jadi kenapa bila Najib nak beri bantuan, korang jatuh hukum rasuah pulak? Dulu zaman Mahathir takde pulak korang cakap Wang Ehsan sebagai rasuah.

Mungkin PAS kini sudah buta dengan kekejaman Mahathir setelah bekas pemimpin negara itu kini menjadi sebahagian dari pembangkang. Ditambah pula Mahathir kini sangat aktif dalam menempelak kerjaaan.

Jadi tak hairanlah sekarang ini kita lihat PAS begitu menyokong kenyataan Mahathir yang menyebut BR1M hanyalah merupakan umpan kerajaan untuk memancing sokongan rakyat bagi memenangi pilihan raya umum yang akan datang. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s