PAS Bangga Usaha Kerajaan DS Najib Mendaulatkan Palestin Di PBB

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan mengucapkan tahniah kepada pemimpin kerajaan Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di atas kejayaan resolusi menghentikan aktiviti penempatan Israel di bumi umat Islam Palestin.

Kejayaan resolusi yang dibawa Malaysia itu merupakan satu tamparan besar kepada kerajaan Israel yang sering menindas rakyat Palestin, biarpun perkara yang dilakukan itu bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Biarpun pihak pembangkang didalam negara sering mengatakan kepimpinan negara ini sangat teruk dan mengabaikan aspek kemanusian terhadap rakyat, apa yang berlaku di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu jelas menunjukkan sebaliknya.

Keprihatinan pemimpin Malaysia terhadap kesengsaraan umat Islam di Palestin bukan sekadar omong kosong apabila berhasil membawakan resolusi menentang penempatan haram Israel laknatullah dibumi Palestin.

Bukan sahaja usaha pemimpin Malaysia itu diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB, tetapi dunia amat kagum dengan kemampuan pemimpin negara ‘mendiamkan’ Amerika Syarikat yang mempunyai kuasa Veto didalam Majlis Keselamatan badan dunia tersebut.

Seluruh dunia tahu bagaimana baiknya hubungan luar Perdana Menteri Malaysia dan juga pemimpin Amerika Syarikat. Mungkin diatas toleransi dan semangat setiakawan, Amerika mulai lembut hati dan menerima usul yang dibawa oleh negara ini.

PAS menerusi Nasrudin Hassan juga berharap pemimpin Malaysia kekal dengan pendirian tegas didalam memperjuangkan nasib seluruh umat Islam di Palestin, dengan memberikan tekanan kepada PBB untuk bertindak terhadap Israel.

Pengiktirafan PAS terhadap usaha-usaha yang dilakukan oleh pemimpin Malaysia menerusi dasar luar terhadap kedaulatan Palestin ini, harus dipandang tinggi oleh semua umat Islam didalam negara.

Diharap gandingan kerjasama serta persefahaman antara PAS dan kerajaan pimpinan DS Najib Razak akan mengukuhkan lagi perpaduan Islam serta menguatkan lagi suara Malaysia sebagai sebuah negara Islam dirantau Asia Tenggara.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s