Muhyiddin Bakal Dipecat Dari Bersatu Kerana Skandal Nika Gee

Sangat memalukan apabila parti yang baru sangat ditubuhkan kononnya mahu digunakan bagi menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia serta bagi menggantikan parti UMNO, mula dilanda bermacam jenis masalah dalaman yang berpunca dari pemimpin-pemimpinnya sendiri.

Inilah yang dikatakan sebagai anti klimaks.. Belum pun mula berperang, sudah termengah-mengah kepenatan kerana melayan masalah dalaman parti. Terbukti pemimpin-pemimpin yang ada didalam parti cap bunga itu, semuanya bermasalah dan juga tidak boleh dipercayai.

Biasanya seseorang individu atau pemimpin yang dipecat keanggotaannya dari sesebuah organisasi, sudah tentu mempunyai masalah ataupun disiplin diri yang sangat rendah. Begitu jugalah yang berlaku didalam parti yang ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri yang kecewa tersebut.

Presiden Bersatu telah dipecat keahliannya dari UMNO kerana melanggar etika serta disiplin parti kerana membiarkan dirinya dipergunakan untuk menyerang Perdana Menteri Malaysia. Begitu juga Naib Presiden parti berkenaan yang turut sama dipecat kerana mengkhianati parti UMNO demi kepentingan peribadi.

Ramai diantara pemimpin lainnya didalam Bersatu juga mempunyai masalah peribadi yang sangat jelik untuk diperkatakan. Skandal dan hubungan sulit terlarang mengenai mereka juga semakin terdedah dan diperkatakan oleh rakyat Malaysia.

Jika inilah kualiti pemimpin yang ada didalam Pakatan pembangkang dan juga parti yang dikatakan mahu mewakili seluruh bangsa melayu didalam negara, ianya bakal menjadi bala serta malapetaka besar kerana tuduhan skandal serta hubungan terlarang yang terpalit itu bukanlah perkara yang boleh diambil mudah.

Dari sudut etika dan juga agama, sudah tentunya setiap pemimpin bukan sahaja perlu bersih dan dipercayai.., tetapi pemimpin-pemimpin tersebut haruslah juga KELIHATAN bersih tanpa ada sebarang keraguan yang boleh mencemarkan imej bangsa dan agama.

Bagaimana seorang pemimpin yang bakal diangkat menjadi ketua negara kononnya, mempunyai persepsi buruk dimata rakyat? Apakah dengan hanya mengatakan ianya sebagai satu tohmahan politik sahaja, sudah cukup untuk menjawab semua persoalan?

Kini selepas Anina dipecat dari jawatan Ketua Srikandi parti Bersatu, Presiden parti berkenaan iaitu Muhyiddin Yassin juga bakal menerima nasib yang sama selepas ini jika GAGAL membersihkan namanya dari skandal yang membabitkan isteri orang.

Walaupun ada sumber mengatakan semua yang berlaku didalam parti cap bunga itu adalah percaturan dalaman supaya Mukhriz dilantik menjadi Presiden parti, tetapi integriti dan kualiti pemimpin didalam sesebuah parti harus dijaga. 

Jika Muhyiddin sendiri gagal menjelaskan persoalan yang berlegar-legar dikalangan rakyat mengenai persepsi buruk yang kini dihadapi oleh beliau, maka jelaslah Muhyiddin bukan seorang pemimpin yang layak diangkat untuk menjaga hal ehwal rakyat kerana hal ehwalnya sendiri pun tidak terjaga.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s