Lim Guan Eng Tidak Layak Bercakap Pasal Demokrasi

Benarkah di negara Malaysia ini sudah hilang kebebasan bersuara serta hilang prinsip demokrasi seperti yang didakwa oleh Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng? Jika ada sekalipun, mungkin hanya di P.Pinang agaknya.

Disaat rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama meraikan Hari Natal bersama keluarga tersayang, ada pula sebilangan ahli politik yang cuba memainkan propaganda politik jamban apabila cuba menghasut serta menganggu gugat ketenteraman rakyat.

Memang tidak menghairankan apabila pemimpin DAP seperti Guan Eng itu begitu taksub dengan dunia politik kebinatangannya yang asyik menyalak tanpa mengira waktu. Apa lagi yang mampu dilakukan oleh pemimpin bermentaliti ‘low class’ seperti Setiausaha Agung DAP selain dari membuat provokasi bodoh?

Sebelum ini Ahli Parlimen DAP, iaitu Teresa Kok juga menunjukkan aksi politik najis apabila memuat naik mesej propaganda didalam video Tahun Baru Cina nya. Walaupun menerima reaksi negatif dari majoriti rakyat didalam negara, Teresa secara sinis mengatakan video tersebut hanyalah lawak jenaka sahaja.

Begitu juga dengan ucapan Ahli Parlimen DAP, iaitu Nga Kor Ming yang menggunakan bendera Amerika didalam Salam Hari Raya nya. Ini bukan sahaja menunjukkan betapa ceteknya pemikiran seluruh pemimpin DAP, tetapi juga membuktikan mereka mempunyai pemikiran yang sangat dangkal.

Justeru itu, memang sudah dijangkakan mesej-mesej provokasi negatif akan dikeluarkan oleh para pemimpin DAP sepanjang masa bagi meracuni pemikiran rakyat agar membenci kerajaan dan juga negara Malaysia.

Yang lawaknya, mereka-mereka itu tahu pula melenting marah jika dikritik dan diperli oleh pihak-pihak lain. Contohnya, Guan Eng sendiri meroyan umpama kanak-kanak hilang botol susu apabila dipinggirkan oleh media cina sewaktu pembentangan Bajet negeri bagi penggal 2017.

Selain itu juga, Guan Eng lah merupakan pemimpin DAP yang paling suka menyaman pihak-pihak yang mengkritik beliau didalam media massa. Bayangkanlah pemimpin PAS yang baik dengan mereka itu juga pernah disamannya.

Oleh itu benarlah seperti kata Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai yang menganggap Guan Eng adalah Ketua Menteri yang langsung tak boleh menerima kritikan dan paling tidak tahu bertoleransi. Setiausaha Agung DAP itu juga digelar sebagai pemimpin paling tidak  berdemokrasi di Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s