Kematian George Michael Diratapi Selebriti Seluruh Dunia

Selebriti seluruh dunia termasuk di Malaysia berduka dengan pemergian penghibur antarabangsa, George Michael yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 53 tahun di kediamannya di England, semalam.

Antara artis yang rapat dengan mendiang Michael adalah penyanyi lagenda, Elton John.

Meluahkan kesedihannya, John mengaku hilang sahabat baik yang berjiwa murni malah menganggap industri muzik turut menerima kesan daripada kematian Michael.

Populariti John dan Michael melonjak pada tahun 1991 selepas berduet dalam lagu ‘Don’t Let The Sun Go Down On Me’.

Seorang lagi penghibur era 1980-an yang dianggap sebagai ikon, Madonna menyifatkan 2016 sebagai tahun menyedihkan.

Madonna yang terkejut dengan berita pemergian Michael, berduka kerana hilang beberapa teman rapat yang sama-sama mencipta nama seperti mendiang Prince dan idolanya, David Bowie, sepanjang tahun ini.

Selain John dan Madonna, pengacara popular Ellen Degeneres turut berdukacita dan menyifatkan kehilangan Michael memberi impak besar kepada industri hiburan.

Sementara itu, beberapa artis tempatan seperti Fauziah Ahmad Daud, Zarul Umbrella dan Fakhrul Razi turut berkongsi kesedihan atas kematian Michael melalui laman sosial mereka.

Dilahirkan dengan nama Georgios Kyriacos Panayiotou, Micheal pernah bermain muzik di sistem kereta api bawah tanah London sebelum membentuk Wham! bersama Andrew Ridgeley pada tahun 1981.

Sepanjang empat dekad mengabdikan diri dalam dunia seni, Michael menjual lebih 100 juta album.

Michael meninggal di rumahnya di Oxfordshire, England, semalam, ketika sambutan Krismas. Mendiang hampir maut akibat radang paru-paru pada tahun 2011 selain berdepan masalah penagihan dadah.

Hingga kini, laporan kematiannya masih belum didedahkan. Namun, polis memaklumkan tiada unsur mencurigakan dalam kematian mendiang.

Michael yang dijadual menerbitkan dokumentari pada 2017, meninggalkan banyak lagu hit seperti Careless Whisper, Last Christmas, Faith, Praying For Time dan FastLove.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s