Jika Malaysia Negara Yang GAGAL, Guan Eng Sudah Lama Lari Balik Taiwan

Sebenarnya bukanlah satu perkara yang pelik apabila Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng menuduh Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal, dan juga negara yang paling tak seronok untuk didiami oleh rakyat yang berbilang kaum ini.

Kalau Guan Eng kata Malaysia adalah sebuah negara yang paling teruk didalam dunia sekalipun, rakyat khususnya di negeri P.Pinang sudah tak akan marah dan berkecil hati dengan kenyataan tersebut.

Siapa yang tak kenal dengan perangai pendengki yang diamalkan sejak sekian lama oleh Setiausaha Agung DAP itu? Rasanya semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum dengan gaya berpolitik kebudak-budakkan serta hipokrit beliau.

Sepanjang berpolitik sejak dari muda dulu, mana ada pernah Guan Eng memuji dan juga bersyukur dengan segala nikmat yang dia serta anak beranaknya perolehi didalam negara yang bernama Malaysia ini.

Sebab itulah Guan Eng sering saja memburuk-burukkan Malaysia ketika berkunjung ke luar negara terutamanya di Taiwan. Mungkin bagi Guan Eng, selagi negara ini diperintah oleh orang-orang melayu, selagi itulah negara ini merupakan tempat yang paling tak seronok untuk didiami.

Cuba lihat bagaimana Singapura dan juga Taiwan yang dianggap oleh Guan Eng sebagai negara yang makmur dan wajar dicontohi. Siapakah yang menjadi ketua di negara berkenaan? Sudah tentunya bukan orang melayu seperti di Malaysia ini.

Persoalannya, mengapakah Guan Eng menganggap negara ini sebagai gagal, tetapi didalam masa yang sama beliau serta anak beranaknya masih pula menetap disini dan sibuk menambah kekayaan didalam negara ini?

Jawapannya sangat mudah bagi mereka yang mahu berfikir dengan hati yang tenang dan sabar.. Guan Eng sebenarnya bercita-cita besar untuk menjadi seorang Ketua didalam politik, walaupun dia terbukti tak mempunyai kemampuan untuk memimpin dengan baik dan menjadi ketua yang bagus. 

Jangankan kata Taiwan atau Singapura, Guan Eng tahu dia akan terlepas jawatan Ketua jika dia balik ke Melaka sekalipun kerana sikap kurang cerdik beliau didalam berpolitik. Hanya di P.Pinang saja lah yang mampu Guan Eng berlagak sebagai Ketua Negeri.

Bukan kerana rakyat P.Pinang bodoh untuk menilai ketidak cerdikan yang ada pada anak Lim Kit Siang tersebut, tetapi rakyat P.Pinang sebenarnya sengaja mahu berkorban pada rakyat Malaysia bagi menunjukkan di tahap manakah teruknya pentadbiran Guan Eng itu.

Jadi, tak perlulah pedulikan tuduhan Guan Eng bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang gagal kerana kononnya tiada kebebasan bersuara dan juga hanya dikuasai oleh orang kaya itu. Guan Eng sebenarnya sedang cuba berlakon cerdik walaupun beliau tak sedar sedang ‘membogelkan’ dirinya sendiri dikhalayak ramai.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s