Hakim Nasihat Maria Dan Jamal Selesaikan Isu Diluar Mahkamah

Hakim Mahkamah Tinggi semalam menasihatkan kepada Maria Chin Abdullah yang sekarang ini tidak sependapat dan tidak sebulu dengan Datuk Seri Jamal Yunos, agar menyelesaikan persengketaan serta saman fitnah mereka di luar mahkamah. 

Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menasihati kedua-dua mereka agar tidak memanjangkan isu berkenaan lagi. Peguam Nasir Yusof yang mewakili Jamal berkata, Hakim Zaki menasihatkan adalah lebih baik mereka berdua selesaikan masalah yang timbul dengan cara yang matang.

Kedua-dua mereka perlu mencari jalan penyelesaian secara damai tanpa perlu melalui perbicaraan. Isu yang berlaku antara mereka ini umpama kata mengata je, jadi macam buang masa kalau heret perkara tersebut ke mahkamah. Dalam pada itu, hakim Zaki telah menetapkan tarikh 9 Januari ini sebagai tarikh pengurusan kes untuk peguam memaklumkan status kes itu.

Walaubagaimanapun, jalan penyelesaian yang dituntut semuanya terletak di atas tangan Maria dan Jamal. Kalau dorang masing-masing bertolak ansur dan mengalah… Kemungkinan kes ini tidak perlu dilanjutkan ke mahkamah.

Dalam pada itu, peguam Nasir menjelaskan bahawa dirinya sendiri akan menasihati Jamal untuk bertolak-ansur dan mempertimbangkan cadangan serta nasihat baik hakim Zaki tersebut. Sementara bagi Maria yang juga pengerusi Bersih 2.0 juga akan turut mempertimbangkan nasihat hakim.

Pada Oktober yang lalu, Maria telah memfailkan saman fitnah terhadap ketua Gerakan Baju Merah kerana telah melemparkan tuduhan Bersih 2.0 diresapi pengganas IS. Tempoh 48 jam diberikan untuk Jamal membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya melalui surat tuntutan pada 4 Oktober lalu.

Akan tetapi tuntutan Maria tidak berhasil, apabila Jamal mengadakan sidang media dalam tandas lelaki di bangunan UMNO Shah Alam dan mengoyak surat tuntutan yang dihantar peguam Maria, sebelum membuangnya ke dalam tandas dan mengepamnya. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s