DAP Tidak Akan Benarkan Mahathir Jadi Penasihat Kerajaan

Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam dunia politik pada hujung-hujung usianya dilihat sebagai sesuatu yang tidak lagi relevan. Menjaga cucu dan beribadat sepenuhnya kepada pencipta pada hujung usia bukan menjadi satu pilihan buat dirinya.

Yela, kalau tidak masakan Mahathir masih nak terlibat dengan politik pada usia 91 tahun sekarang ni. Korang ingat Mahathir tu saja-saja je ke nak terlibat dalam dunia politik? Sebenarnya pada usia tua sebegitu, cita-cita Mahathir untuk menjadi orang berpengaruh masih lagi tinggi.

Mungkin masih tidak puas menempah nama di seluruh dunia, dia nak tempah nama di alam semesta pula. Kalau tidak, tak kan la Mahathir sanggup menawarkan dirinya untuk menjadi penasihat kerajaan jika pembangkang menang pilihan raya akan datang.

Tapi tidak semudah tu…. Korang ingat senang-senang je ke DAP yang kini merupakan rakan sekutu pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tu, nak benarkan Mahathir menjadi penasihat kerajaan kalau pembangkang menang pilihanraya?

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Ahli Jawatankuasa Kerjanya, Tan Seng Giaw. Keputusan siapa yang bakal menjadi penasihat kerajaan semuanya terletak di tangan penakluk pakatan pembangkang, iaitu Lim Kit Siang.

Korang fikir senang-senang je Kit Siang nak jadikan Mahathir sebagai penasihat kerajaan?? Walhal Kit Siang juga pasti mempunyai impian dan angan-angan yang sama seperti Mahathir. Sia-sia perjuangan Kit Siang selama ini untuk jatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kalau akhir sekali habuannya diberi kepada Mahathir.

DAP memberi amaran dan kata putus kepada Mahathir bahawa segala keputusan terletak di tangan Kit Siang, jadi dia tak payah nak memandai-mandai nak lantik diri sendiri jadi penasihat kerajaaan jika ditakdirkan pembangkang menang pilihan raya. 

DAP pasti tidak akan benarkan perkara itu berlaku. Jadi sia-sia jela Mahathir bersubahat dengan pembangkang kalau akhir sekali dia yang rugi, betul tak? Kerana hakikatnya Mahathir bersubahat dengan pembangkang kerana masih gilakan kuasa. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s