DAP Pulau Pinang Balas Dendam Terhadap Pengkritik Guan Eng

Pemilik sebuah Kafe Kaffa King di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Patrick Ooi berang apabila tidak semena-mena Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merobohkan tandas milik kafenya, di Lebuh China pada Rabu lepas.

Tindakan MBPP merobohkan tandas kafe berkenaan dikatakan kerana mempunyai kaitan dengan perbuatan pemilik kafe terbabit yang dikatakan mengkritik Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam akhbar Cina.

Pemilik kafe berkenaan percaya tindakan merobohkan tandas milik kafenya bukan saja-saja… Sebaliknya kerana DAP Pulau Pinang mahu balas dendam diatas tindakannya yang mengkritik ‘tuan besar’ mereka. Ianya bukan kebetulan, kedainya dihadiri geng Guan Eng sebanyak tiga kali dalam masa empat hari.

Bukan itu sahaja, lawatan majlis juga turut dilakukan dua hari selepas kejadian tandas dirobohkan. Korang tak rasa pelik ke? Sebelum Patrick mengkritik Guan Eng, takde pulak dorang cari pasal… Tapi lepas Patrick hentam Guan Eng terus dorang cari kesalahan Patrick.

Namun begitu, Kerajaan DAP Pulau Pinang menafikan tindakan merobohkan tandas pemilik kafe tersebut sebagai satu tindakan membalas dendam. Kononnya mereka hanya menjalankan tugas.

Cawangan kafe Ooi di Lebuh China dikenakan saman kerana tidak mempunyai lesen operasi dan tidak mengambil langkah mencegah makhluk perosak seperti tikus, lipas, lalat, dan serangga daripada membiak.

Dan dengar khabar angin juga tandas tersebut dirobohkan atas sebab ia dibina secara haram, betul ke?? Jangan-jangan itu semua hanya alasan… Padahal dorang nak ugut Patrick supaya tidak buka mulut pasal Guan Eng.

Akan tetapi, hakikatnya memang takde siapa boleh sentuh Guan Eng pun… Bukan setakat sentuh… Nak usik sikit pun bahaya. Silap-silap sekali nyawa melayang tau! Jangan buat main… Guan Eng sanggup buat apa sahaja untuk menutup mulut pengkritiknya. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s