Cucu Mahathir Akan Ketuai Demonstrasi Hapuskan Akta AUKU

Bila orang kata dia nyanyuk, tahu pulak dia nak marah dan juga menuduh orang lain sebagai pemakan dedak, tetapi apa yang dia lakukan hari ini jelas membuktikan ‘level’ penyakit nyanyuk beliau berada di paras yang sangat membimbangkan.

Pada tahun 1975 sewaktu menjadi Menteri Pelajaran Malaysia, Mahathir lah yang bertanggungjawab membentang pelbagai garis panduan didalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) untuk mengekang para mahasiswa menghabiskan masa dengan berpolitik dan juga persatuan-persatuan yang tidak ada kena mengena dengan pembelajaran.

Kini selepas 41 tahun, Mahathir pula yang beria-ia menyokong Akta yang pernah dibentangkannya itu dihapuskan, kononnya kerana mahu menjaga hak kebebasan bersuara oleh mahasiswa-mahasiwi didalam negara ini terjaga.

Sebenarnya Mahathir bukannya kisah pun tentang kebebasan bersuara mahasiswa atau sesiapa saja didalam negara. Mahathir sebenarnya sedang mencari ruang untuk menambah populariti murahan dan publisiti percuma demi cita-cita politiknya.

Sebab itulah Mahathir sanggup menjadi nyanyuk teruk dan menjilat kembali segala kahak hijau yang pernah dibuatnya semasa berada didalam kerajaan. Jika dulu Mahathir digelar Mahafiraun, kini Mahathir lebih layak digelar Mahabadut yang cuba membuat lawak bodoh didalam pembangkang semata-mata untuk mencari sedikit sokongan.

Sangat menghairankan apabila Mahathir mendakwa Mahasiswa di Malaysia tidak mempunyai ruang untuk bersuara tentang permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Sebagai seorang Ketua Negara selama 22 tahun, rasanya Mahathir lebih faham tentang ruang kebebasan yang ada pada mahasiswa.

Apa fungsinya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di semua Universiti, Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dan juga Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) jika benar tiada ruang untuk mahasiswa-mahasiswi bersuara?

Sudah tentu Mahathir sedar tentang kewujudan pihak-pihak yang mewakili suara Mahasiswa itu semua, tetapi demi untuk menunjukkan imej HERO dimata seluruh mahasiswa didalam negara bagi meraih sokongan, Mahathir gagahkan jua kudratnya yang masih tersisa untuk memperalatkan golongan tersebut.

Kesimpulannya sangat mudah.. Jika benar Mahathir tidak setuju dengan AUKU, kenapa baru sekarang beliau menyuarakan pendapatnya? Mengapa tidak hapuskan AUKU semasa beliau memegang kuasa? 

Mahathir jelas semakin terdesak untuk mencari sokongan pelbagai pihak, termasuklah mahasiswa didalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri. Jangan terkejut jika nanti cucu beliau, iaitu anak perempuan Mukhriz yang juga seorang mahasiswa, dipergunakan untuk mengetuai demonstrasi mansuhkan AUKU!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s