Coco Buat Hal Lagi!! Kali Ni Tipu Duit Orang Pulak!!

Adoyaii.. Macam-macam masalah betul lah minah bajet ‘hot’ ni timbulkan.. Lepas satu, satu masalah dia buat.. Baru-baru ni jer namanya menjadi bualan hangat dan dikecam, bila didakwa menjadi perampas suami orang.. Dengar kata dia dan pasangannya tu tak lama lagi bakal berkahwin.. ‘Selamat berbahagia’ lah!

Walaupun isu tu menjadi bualan hangat dan dikecam ramai, minah tu buat tak endah dan tak ada rasa malu langsung.. Miss tengok dia masih dok terkinja-kinja mencari perhatian! Tapi Miss bukannya nak menceritakan pasal isu panas yang menghimpit Coco dengan pasangannya tu pun..

Terbaru, Miss dengar Coco sekali lagi dikecam kerana dia didapati menipu duit pelanggan dia.. Tipu duit pulak dah! Sampaikan pelanggan yang didakwa ditipu tu mengamuk dan viralkan perbualan mesejnya dengan Coco di laman sosial.. Berapa banyak yang Coco tipu ek??

U’olls tengok jer lah status dan gambar-gambar yang dimuat naik wanita yang dikenali ‘Dek Lynda’ berdasarkan nama laman sosial Facebooknya tu, dia mendedahkan Coco tipu duitnya.. Miss tengok nilai yang ditipu tu pun bukannya sikit, mencecah ribuang ringgit jugak lah..

Lepas satu, satu perangai buruk ko terdedah yer Coco.. Dah lah perampas suami orang, kini ‘kaki’ tipu duit pulak.. Buruk benor lah perangai! Pada mulanya wanita yang didakwa ditipu tu ingin menyelesaikan masalah tersebut dengan baik, tetapi masalah tu tertangguh sampai sekarang..

Selepas perkara tu lama tertangguh dan sampaikan wanita tu ingin buat laporan polis mengenai perkara tu, tup-tup Coco mendakwa dia pulak ditipu ‘supplier’.. Pandai mengelak yer! Kononnya duit yang diambil tu tak diguna oleh dia kerana diberikan kepada ‘supplier’..

Kalau dah tahu ditipu, kenapa Coco tak berterus terang dari awal jer ek?? Terangkan kepada pelanggan tu baik-baik.. Kalau tidak, tak ada lah masalah ni timbul.. Ini mengambil masa begitu lama baru beritahu kena tipu bagai.. Haishhh!! – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s