Charlie Puth Dan Bella Thorne Sedang Hangat Bercinta!!

Sejak akhir-akhir ni nama penyanyi Charlie Puth dan pelakon Bella Thorne, sering menjadi bualan hangat bila ada yang mendakwa pasangan tu kini sedang hangat bercinta.. Kukuhnya lagi dakwaan tu bila Charlie dan Bella kantoi bercium mesra di pantai di Miami, baru-baru ni u’olls..

Penyanyi yang popular menerusi lagu ‘Don’t Talk Anymore’ tu dan Bella dilihat menghabiskan masa bersama-sama di pantai sambil berpegangan tangan, sebelum kedua-duanya saling bertukar ciuman.. Sengaja lah tu nak tunjuk dorang berdua kini sedang hangat bercinta!

Kalau tak, tak kan Charlie dan Bella saja-saja nak tunjuk aksi ‘mesra alam’ macam tu ditempat umum kan.. Lagi satu, Miss dengar ketika konsert iHeartRadio Jingle Ball Tour 2016 yang diadakan pada hujung bulan lalu pun, Charlie dan Bella dah tunjuk kemesraan bersama bila Charlie memeluk Bella dengan mesra dibelakang pentas..

Ada jugak yang mendakwa persembahan Charlie ketika konsert tu ditujukan untuk Bella.. Nampak sangat lah dorang berdua sedang hangat bercinta.. Tapi masih nak mendiamkan diri dan sembunyikan hubungan dorang daripada umum..

Sebelum ni Miss dengar Charlie dan Bella beriya-iya menafikan yang dorang tengah bercinta.. Kononnya hubungan dorang berdua hanya sekadar kawan biasa jer.. Yela tu kawan biasa sampai boleh ‘mengawan’ secara terbuka noh.. Mengaku jer lah yang korang tengah bercinta, senang cerita!! – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s