Bayi Perempuan Ditemui Meninggal Dunia Dan Ditinggalkan Di Kawasan Surau

Pahang – Seorang jemaaah yang menunaikan solat Subuh di Surau Bandar Tun Razak Keratong pagi semalam, telah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di hadapan surau tersebut.

Mayat bayi tersebut telah ditinggalkan dalam sebuah beg plastik yang dibalut dengan kain batik dan telekung. Jemaah kanak-kanak mula bising-bising di belakang saf dan mengatakan terhidu bau busuk, hingga menyebabkan seorang jemaah untuk pergi memeriksa bungkusan yang terletak di hadapan tangga surau bagi memastikan kandungan dalam beg.

Tidak berasa sedap hati bila memegang beg yang di dalamnya lembik dan ada bau darah, jemaah di surau tersebut telah membuat laporan mengenai penemuan bungkusan beg yang disyaki mempunyai bayi di dalam beg tersebut.

Kejadian ini merupakan kejadian pertama kali yang pernah berlaku di surau tersebut.. Pihak jemaah agak kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang mayat bayi berkenaan di kawasan surau berkenaan.

“Tidak pernah berlaku kejadian sedemikian dan kami amat kesal dengan kejadian itu serta menzahirkan rasa kasihan ke atas bayi itu.

“Jemaah memang berasa kesian kerana orang berkenaan tidak sepatutnya buat begitu terhadap bayi itu. Jangan biarkan begitu kerana dia (bayi) ni ahli syurga, sebab tidak sanggup hendak lihat bayi dalam keadaan begitu kami tutup dengan sejadah,” katanya.

Mayat bayi perempuan tersebut telah pun dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk di bedah siasat dan pihak polis sedang berusaha untuk menyemak rekod di Klinik Kesihatan di kawasan berhampiran bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk berhubung dengan pihak polis. Kes ini telah disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran. – MissA/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s