Akhirnya, Anina Sendiri Dedahkan Yang Parti Bunga Kuat Menipu!

Percaya bahawa dirinya benar-benar dipecat… Bekas Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin berkata kenyataan konon dirinya belum mengangkat sumpah sebagai jawatan Srikandi PPBM hanyalah satu alasan yang tidak masuk akal.

Bukan itu sahaja… Kenyataan bahawa majlis angkat sumpah jawatan sebagai ketua sayap wanita parti cap bunga sebagai satu ‘kesilapan teknikal’ dilihat sebagai satu alasan yang langsung tidak boleh dipakai.

Hahaha! Boleh pulak cakap kesilapan teknikal… Teruk sangat kesilapan teknikal dorang tu, sampai takde siapa sedar yang Anina tengah angkat sumpah. Apa semua ahli parti cap bunga dan pemimpin dorang buta dan pekak ke sampai ‘kesilapan teknikal’ tu berlaku?

Alasan tu langsung tidak boleh diterima pakai Anina. Ujarnya, dia percaya bahawa dirinya dipecat dari kedudukan sebelum ini disebabkan oleh skandal seks yang membelenggu dirinya baru-baru ini. Disebabkan tersebarnya skandal seks tu, terus Anina kena pecat.

Tambah Anina, apa yang diberitahu oleh Setiausaha Agung dan Timbalan Presiden… Majlis Presiden tidak mencadangkannya untuk menjadi Ketua Srikandi PPBM. Tapi masa dorang keluarkan senarai jawatan dalam parti cap bunga… memang terang-terang ada nama Anina sebagai srikandi PPBM.

Korang nampak tak?? Secara tidak sengaja, Anina sendiri telah mendedahkan parti cap bunga ini sebenarnya penipu besar. Sanggup putar belitkan fakta bagi menampakkan mereka tidak bersalah sebab memecat Anina hanya kerana terlibat dengan skandal seks.

Yang peliknya, Presiden parti cap bunga, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun terpalit dengan skandal seks bersama isteri orang juga. Tapi parti cap bunga tu diamkan je… Muhyiddin pulak tak kena pecat macam Anina lalui sekarang. Nampak tak?? Dorang bukan sahaja penipu besar tapi dorang juga tidak adil.

Kesian Anina kan… Dah la kena pecat, lepas tu parti pulak bagi alasan tak logik! Kesilapan teknikal la… Tak lantik srikandi wanita lagi la… Haishh, macam-macam! Nak tutup dorang punya salah, sampai sanggup aniaya ahli parti sendiri. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s