Taktik Terbaru Peminta Sedekah Bagi Raih Simpati Orang Ramai

Memang tak dapat dinafikan di Malaysia sekarang, dah semakin ramai sindiket meminta sedekah.. Masuk saja di kedai atau restoran, tak lama selepas itu mesti akan ada individu yang tak dikenali datang untuk meminta sedekah atau menjual barang.. Ada pihak mendakwa, sebenarnya individu ini adalah sindiket mencari duit dengan meminta simpati daripada orang ramai..

Rakyat Malaysia memang popular dengan sikap pemurah dan suka bersedekah.. Kali ini, dah ada taktik baru yang sedang bergiat aktif di beberapa buah negeri.. Taktik terbaru yang digunakan mereka adalah taktik menjual kek cawan sambil menangis bagi meraih simpati orang ramai..

Memang ramai yang bermurah hati nak tolong bila buat taktik macam ni.. Iyerlah, apa la sangat tolong lelaki yang menangis dalam kesusahan bila menjual kek cawan yang berharga RM10 untuk 5 biji kan? Tak salah nak tolong tapi disebabkan ramai yang mula membeli..

Nampaknya taktik ni dah semakin berleluasa di beberapa negeri dalam Malaysia.. Bermodalkan air mata untuk jual kek cawan, ‘peminta sedekah’ ni boleh dapat pulangan modal yang tinggi.. Malah pendapatan mereka dikatakan lebih banyak dari orang yang kerja makan gaji..

Taktik yang sama dan jalan cerita yang sama digunakan oleh lelaki seperti ini untuk meraih simpati.. Memang tak salah nak bersedekah, tapi kalau boleh selidik dulu duit yang korang bagi tu digunakan untuk sumber apa.. Kek cawan yang di jual itu betul ke dari sumber yang halal, jangan main redah je sebab kesian.. Lebih baik bersedekah pada badan-badan kebajikan yang berdaftar.. – MissA/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s