Sekarang Tun Mahathir Memilih Untuk Memuji DAP Dan Menghina MCA

mahathir-kini

Gomez tak terkejut langsung dengan pengakuan terbaru Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ni. Dahulu Mahathir begitu dikenali kerana anti terhadap parti DAP yang dikatakan mengamalkan sifat perkauman yang sangat kuat.

Tapi sekarang ini Mahathir memilih untuk memuja-muja parti chauvinis tersebut… Apa sahaja yang dilakukan DAP, nampak halal di mata Mahathir. Manakala apa sahaja yang dilakukan Barisan Nasional (BN) serta parti-parti komponennya, nampak haram dimata bekas pemimpin negara tersebut.

Terbaru Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu menyangkal dakwaannya sebelum ini, yang menyatakan DAP merupakan sebuah parti perkauman. Parti yang disifatkan mengamalkan perkauman tebal suatu ketika dulu adalah tidak benar sama sekali, ujar Mahathir.

Tambahnya, ketika menghadiri perjumpaan DAP sebelum ini… Mahathir kononnya terkejut apabila semua ucapan yang disampaikan pemimpin DAP dalam Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu… Lagu parti pun dalam Bahasa Melayu juga katanya.

Hahaha.. Kelakarlah pulak… Habis apa motif dorang beli alat penterjemah yang memakan kos berpuluh ribu ringgit tu?? Kalau bukan untuk terjemah, habis untuk apa? Jadi mana bukti Mahathir, kononnya semua pemimpin DAP ni faham Bahasa Melayu.

Sudah la puji DAP punya melambung… Dihadapan kira-kira 500 orang yang majoriti orang Melayu dalam satu ceramah PPBM di Alor Setar. Mahathir sempat menghina dan memburuk-burukkan MCA… Bukan tu je, Mahathir juga turut menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah individu yang mahu membangkitkan sentimen perkauman.

Tidak cukup dengan itu, Mahathir menuduh ketika masih berada dalam UMNO… setiap kali mesyuarat agong parti MCA, mereka tidak menggunakan Bahasa Melayu.. Jadi Mahathir menganggap bahawa MCA lebih Cina daripada DAP. Kononnya MCA lagi teruk pada DAP kerana mempunyai anggota Cina sahaja.

Berlainan dengan DAP yang mempunyai ahli dari pelbagai agama dan bangsa… Ehhh, yela tu! Dari mana Mahathir tahu yang DAP selama ni menggunakan Bahasa Melayu setiap kali mesyuarat? Sedangkan itu baru pertama kali Mahathir menyertainya? Pandai betul Mahathit ni memutar-belitkan fakta. Elok sangat la Mahathir jadi keldai kepada DAP. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s