Sekali Lagi Mahathir Fitnah Bantuan BR1M Adalah Rasuah!

sekali-lagi-mahathir

Bagaikan tiada kesudahan… Tak habis-habis nak fitnah kerajaan Barisan Nasional (BN). Jika dahulu pembangkang menabur fitnah kononnya bantuan Bntuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang disediakan bagi membantu rakyat adalah rasuah.

Kini pekerjaan memfitnah tersebut telah diambil alih oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini sudah berubah angin menjadi pembangkang. Tak habis-habis nak fitnah, kononnya bantuan BR1M itu adalah rasuah kepada rakyat bagi meraih sokongan.

Pembangkang ni takde cara lain ke nak fitnah BN?? Asyik ulang episod yang sama jer… Rakyat pun dah bosan… Paling kelakar apabila orang yang kuat fitnah kononnya BR1M tu dedak untuk tarik undi rakyat, orang tu lah yang paling awal sekali memohon BR1M…

Sama jugak seperti Mahathir… Dahulu menghentam pembangkang, namun kini menjadi sebahagian dari pembangkang dan menghina pemberian BR1M. Kononnya Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mendakwa pemberian bantuan BR1M merupakan rasuah dan ia salah di sisi undang-undang.

Salahkah jika kerajaan memberi bantuan kewangan kepada rakyat?? Adakah semua bantuan melalui kewangan harus dianggap sebagai rasuah? Dedak? Eshh, Gomez tak faham betul dengan cara pemikiran Mahathir… Dulu dengan BN bukan main kutuk pembangkang… Kini bila dengan pembangkang, kutuk BN pulak.

Dalam masa yang sama Mahathir juga memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mengatakan bantuan yang diberikan itu dapat meraih undi rakyat untuk terus menyokong BN. Menyangkal tuduhan tersebut, Penganalisis Politik, Dr Jeniri Amir berkata, tuduhan yang dibuat Mahathir itu langsung tidak berasas.

Bekas Perdana Menteri itu sepatutnya kemukakan bukti yang sah bagi membuktikan tuduhannya adalah benar. Tak boleh suka-suka hati jer buat tuduhan. Langsung tidak relevan jika Mahathir hanya mengemukakan hujah tanpa bukti yang kukuh.

Cerita kononnya BR1M ini adalah rasuah, dedak dan sebagainya sebenarnya sudah basi! Saban tahun fitnah sama sahaja yang akan dilontarkan tiap kali tiba musim pemberian BR1M. Perlu ke bantuan kepada rakyat dipertikaikan? Rakyat patut bersyukur kerana kerajaan membantu daripada pembangkang yang hanya tahu memfitnah. – TiraGomez/UtaraNes

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s