Pemimpin Pulau Pinang Tidak Boleh Terima Kritikan

pemimpin-pulau-pinang

Penganalisis politik mengkritik perangai dan tindak-tanduk pemimpin-pemimpin pembangkang Pulau Pinang yang langsung tidak boleh menerima teguran dan nasihat. Sebagai sebuah kerajaan mereka harus terbuka dalam setiap kritikan bagi mengimbangi pentadbiran.

Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Jeniri Amir berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan Pengerusi Gerakan, Teng Chang Yeow yang mendakwa warga Pulau Pinang tidak boleh mengkritik kepimpinan negeri tersebut.

Jika mereka berbuat demikian maka secara tidak langsung, mereka meletakkan diri mereka dalam bahaya dan bakal dikenakan tindakan. Sebagai sebuah negara yang demokrasi… Pemimpin harus terbuka untuk menerima sebarang kritikan yang berasas. Beri ruang kepada rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka.

Tidak semestinya hanya orang politik yang boleh membantu… Kadang-kadang dengan cara membuka ruang kepada rakyat Pulau Pinang, ia akan membantu menukar wacana politik menjadi “gedung idea”. Tapi kalau nak bagi kritikan tu biarlah yang bermanfaat dan bukannya dengan niat untuk menjatuhkan seseorang.

Namun begitu, pengkritik juga harus bertanggungjawab diatas segala kritikan yang dibuat… Bukannya mengkritik secara membuta-tuli semata-mata. Tindakan mengkritik dengan niat mahu menjatuhkan atau tuduhan tidak benar, boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Fitnah 1957.

Pelik betul… Di Pulau Pinang pemimpin mereka bukan main lagi mengkritik dan memfitnah Barisan Nasional (BN) dan UMNO mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Tapi apabila pemimpin mereka sendiri mempertikaikan mengenai kredibiliti pentadbiran di Pulau Pinang… Mula la dorang nak melenting. Nampak sangat tak boleh terima kritikan!! – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s