Pemenang Pingat Paralimpik 2016 Ditaja Untuk Menunaikan Umrah

41474537414_selamatpulang

EMPAT pemenang pingat Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos lalu, berlepas ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah di bawah tajaan sepenuhnya syarikat konglomerat, DRB-Hicom Bhd.

Turut menyertai rombongan itu adalah 15 jemaah lain terdiri daripada anggota keluarga atlet, kakitangan Majlis Sukan Negara, wakil DRB-Hicom dan media.

Ketua Bahagian Kumpulan Komunikasi DRB-Hicom, Mahmood Abdul Razak berkata, tajaan ini merupakan perhargaan oleh syarikat itu kepada atlet Paralimpik yang telah mengangkat nama negara di persada sukan antarabangsa.

“Ini merupakan sumbangan pertama diberi DRB-Hicom kepada atlet paralimpik dan diharapkan akan menjadi pemangkin semangat kepada mereka dan atlet yang lain untuk terus berusaha mencapai kemenangan untuk Malaysia di masa akan datang,” katanya kepada media ketika menghantar rombongan tersebut di sini hari ini.

Mohamad Puzi Mat Isa, bapa pemenang pingat emas dan pemegang rekod acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy) Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, berkata keberangkatan beliau bersama Mohamad Ridzuan, isteri dan anak perempuannya ke Tanah Suci dianggap sebagai rezeki yang tidak dijangka.

“Ini merupakan kali pertama kami menunaikan umrah…saya menganggap ini adalah tempias tuah yang diperoleh anak saya kepada kami sekeluarga,” katanya.

Ditanya apakah hajat yang ingin dimohon ketika berada di Mekah, dengan nada sebak Mohamad Puzi berkata beliau akan mendoakan agar anaknya yang mengalami masalah percakapan dapat bertutur dengan lebih baik.

Selain Mohd Ridzuan, pemenang pingat emas yang lain adalah Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly serta pemenang pingat gangsa Siti Noor Radiah Ismail.

Penajaan untuk menunaikan umrah selama 12 hari itu diselenggara oleh Tradewinds Travel Services. – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s