PAS Makin Celaru, Mahfuz Pula ‘Kepala Masuk Air’

pas-makin-celaru

Makin huru-hara jadinya rumah tangga Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sejak kebelakangan ini. Mana tidaknya, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan beberapa pemimpin tertinggi PAS kebelakangan ini semakin jauh menyimpang.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata demikian sebagai mengulas kepada kenyataan terbaharu Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mendakwa PAS bersiap sedia membentuk gabungan dengan mana-mana parti lain termasuk BN bagi membentuk kerajaan campuran selepas PRU14.

Kenyataan tersebut turut mendapat sokongan dari Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed. PAS dikatakan akan membentuk kerajaan dengan parti lain termasuk BN, jika keputusan pilihan raya berpihak kepada gabungan PAS dan Ikatan.

Kenyataan pemimpin-pemimpin itu juga merupakan respon terhadap kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang lalu. Aduhaiiii… Ini bukan sekadar rakyat je yang celaru… Habis semua ahli PAS keliru.

Apa sebenarnya hala tuju PAS ni?? Nak bersendirian atau bergabung dengan BN? Keputusan yang dibuat langsung tidak melambangkan tindakan mereka sekarang ini. Sama jugak seperti Mahfuz… Pandai cakap yang PAS sekarang ni celaru… Padahal diri sendiri pun kepala masuk air.

Nama je ahli PAS tapi asyik bertenggek je dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)… Dah lupa daratan agaknya. Boleh jadi semua ahli PAS sekarang ni dah jadi wayar putus…Tak tahu nak buat keputusan dan asyik keluarkan kenyataan yang memeningkan kepala rakyat.

PAS perlu membuat perubahan pantas bagi memastikan pendirian mereka tetap… Buat keputusan dan berbincang bersama ahli. Bukannya masing-masing keluarkan kenyataan ikut sedap mulut je. Rakyat kini mengharapkan perubahan… Bukannya mengharapkan masalah dalaman pembangkang yang rumit tu. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s