Parti Cap Bunga Buang Anina Seperti Sampah!

Perhhhhh… Sadis giler beb nasib Bekas Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin ni! Kalau Gomez la jadi Anina ni, entah la mana nak letak muka! Anina dahulunya bukan sahaja dipungut seperti pengemis jalanan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Lebih dahsyat sekarang ni, Anina dibuang seperti sampah apabila disingkirkan dari jawatan Srikandi PPBM.

Sebelum ini, satu negara Anina dok canang kononnya dia lah srikandi wanita parti cap bunga yang akan berjuang demi kaum wanita. Tapi sekarang secara tiba-tiba, Anina mendakwa dirinya dipecat dari jawatan tersebut.

Pemecatan dari jawatan tersebut telah disahkan oleh  Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh. Agak-agak korang, kenapa yer Anina ni disingkirkan dengan begitu tragis sekali?? Tiba-tiba jer kena pecat dan menjadi ahli biasa.

Dengar kata Anina ni tak layak untuk menjawat jawatan srikandi parti cap bunga… Perkara tersebut juga tidak disyorkan oleh Majlis Presiden. Menurut Ketua Penerangan, Datuk Kamarudin Md Nor…. Anina sama sekali tidak pernah diangkat menjadi ketua srikandi.

Angkat sumpah jawatan itu pada 2 November lalu dan secara rasmi menjadikan Anina ketua Srikandi hanya dianggap sebagai satu kesilapan teknikal. Fuhhhhhhh… Senang-senang je parti cap bunga ni nak lucut jawatan orang kan.

Dah tu bagi alasan angkat sumpah sebelum ni cuma kesilapan teknikal! Huhhh, dorang lagi dahsyat… Dakwa pula Anina hanya dilantik secara rasmi sebagai ahli Majlis Tertinggi, bukan sebagai ketua Srikandi.

Agak korang, mesti Anina ni sentap giler kan! Beriya-iya bagitahu orang ramai kononnya dia lah Srikandi PPBM… Tapi senang-senang je dorang layan dan buang dia macam sampah. Boleh jadi Anina dilayan sebegitu kerana dirinya terpalit dengan skandal seks baru-baru ini. – TiraGomez/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s