DAP Guna Taktik Ugutan Untuk Takutkan Pengkritik Mereka

dap-guna

Parti DAP memang sangat terkenal dengan lagak mereka ala-ala samseng… Amalan gangsterisme yang tersemat dalam diri mereka terbawa-bawa sehingga ke dalam pentadbiran negeri Pulau Pinang. Kerana itulah kerajaan DAP Pulau Pinang kini dilihat semakin keterlaluan dan melampau.

DAP Pulau Pinang kini menggunakan taktik ugutan bagi menakutkan musuh mereka… Bukan setakat musuh je… Sesiapa sahaja yang mengkritik pentadbiran DAP, pasti akan mendapat ancaman. Ini termasuklah ahli parti mereka sendiri.

Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menakut-nakutkan pengkritik bagi mendiamkan mereka. Perkara tersebut disuarakan oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.

Ujar Cheng Guan, kroni kuat Guan Eng cuba menakut-nakutkan pengkritik bagi membisukan mulut mereka. Namun begitu, tindakan ala-ala samseng itu ditundingkan kepada Kerajaan Persekutuan pula. Kononnya Kerajaan Persekutuan yang cuba menakutkan pengkritik bagi menutup mulut mereka.

Ehhhhh… Kalau la Kerajaan Persekutuan buat macam tu… Takdenye Guan Eng boleh mengkritik dan memfitnah secara bebas dan melulu seperti sekarang. Jika korang lihat sekarang, Guan Eng sebenarnya yang berlagak seperti samseng.

Mengugut ahli yang mengkritik pentadbirannya… Cuba korang tengok kes terbaru mengenai tandas sebuah kafe yang dirobohkan kerana dikatakan pemiliknya sering mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Macam tu juga seperti niat mahu menyaman New Straits Times (NST) yang akhirnya ditolak Mahkamah Rayuan.

Jadi sekarang ni, jelas kerajaan mana yang menggunakan ketakutan untuk menutup mulut pengkritiknya. Guan Eng mana pernah mengaku bersalah… Orang yang mengkritiknya pula yang diugut supaya berdiam diri. Lagak samsengnya hanya sekadar menghuru-harakan lagi keharmonian rakyat.

Korang tengok la ucapan Krismas Guan Eng semalam, langsung tiada tanggungjawab… Sepatutnya ia bersifat harmoni tapi sebaliknya yang berlaku, apabila Guan Eng dilihat memanipulasi fakta dengan tujuan menghasut rakyat membenci Kerajaan Persekutuan.

Sekarang ni makin ramai pengikut DAP mula angkat kaki dan berambus dari parti tersebut… Siapa larat tahan, kalau ahli tegur sikit pun kena ugut dan sebagainya. Jadi jelas sangat la DAP memang sengaja menakut-nakutkan pengkritik mereka bagi menutup pekung sendiri. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s