Apa Beza Wang Ehsan Dengan BR1M Di Mata Mahathir??

apa-beza

Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak bertanyakan kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Apa bezanya diantara program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan Wang Ehsan untuk rakyat Terengganu??

Soalan tersebut keluar dari mulut Salleh setelah Mahathir mempertikaikan dan menuduh bantuan BR1M yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai satu alat untuk mempergunakan rakyat. Mahathir mendakwa BR1M adalah rasuah dan menyalahi undang-undang.

Kenapa BR1M dilihat hina dan salah disisi undang-undang, sedangkan pada zaman pemerintahan Mahathir… Dia sendiri melancarkan skim yang sama bagi membantu rakyat. Kenapa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu memperkenalkan Wang Ehsan untuk rakyat Terengganu jika dia menganggap BR1M sebagai rasuah?

Apa yang membezakan antara Wang Ehsan dengan BR1M?? Rasa Gomez, kedua-dua mereka adalah sama dan ia bantuan kepada rakyat. Jika Mahathir jatuh hukum BR1M adalah rasuah maka secara automatiknya Wang Ehsan juga adalah rasuah, itu baru adil.

Kalau korang nak tahu… Wang Ehsan adalah bayaran oleh kerajaan Persekutuan sebagai ganti kepada royalti minyak yang digunakan oleh kerajaan negeri untuk mengagihkan bantuan, sama seperti BR1M yang diberikan sejak dari tahun 2000 tu.

Tapi pelik, Mahathir pernah melaksanakan program bantuan Wang Ehsan untuk rakyat Terengganu pada tahun 2000, tapi kini pendiriannya berubah apabila menghina BR1M sebagai rasuah.

Tindakan Mahathir ini sangat mengelirukan… Adakah semua program bantuan akan dimansuhkan jika pembangkang berkuasa kelak? Yela, dah kata BR1M tu rasuah… Tak kan nanti jika pembangkang berkuasa, dorang nak teruskan memberi ‘rasuah’ kepada rakyat? Tak gitu?

Sama juga macam zakat… Jika program bantuan adalah rasuah, maka pengurangan zakat dan cukai juga adalah sama. Perkara tersebut perlu diperjelaskan sendiri oleh Mahathir.

Senang-senang je cakap BR1M tu rasuah! Habis bantuan yang lain tak jatuh hukum rasuah pulak? – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s