Anina Saadudin ‘Ditendang’ Keluar Dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Anina Saadudin, berkata beliau dilucutkan jawatan sebagai ketua Srikandi parti itu.

Anina berkata, beliau dimaklumkan mengenai langkah itu beberapa hari lalu oleh Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agungnya, Datuk Shahruddin Md Salleh.

“Depa (mereka) kata saya tidak disyorkan oleh majlis presiden untuk dilantik sebagai ketua Srikandi,” katanya..

Pelantikan Anina dan pemimpin BERSATU yang lain dilaporkan pada 2 November.

Apabila disoal mengenai perkara itu, Anina berkata beliau dimaklumkan hanya dilantik sebagai penaja untuk sayap Srikandi, manakala jawatan pemimpin lain telah disahkan.

Ketua Penerangan BERSATU, Kamaruddin Md Noor bagaimanapun berkata Anina sejak awal tidak pernah menjadi ketua Srikandi.

“Dia tidak pernah dilantik, kerana sayap Srikandi tidak ditubuhkan secara rasmi,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pelantikan empat pemimpin Srikandi lain awal bulan ini juga tidak sah.

Kekeliruan mengenai jawatan Anina sebagai ketua Srikandi berlaku seminggu selepas beberapa blog mendakwa beliau terbabit dalam skandal seks.

Beliau dilaporkan menolak dakwaan itu sebagai perkara biasa dalam politik.

Ditanya perasaannya apabila dilucutkan jawatan, bekas anggota Wanita UMNO Langkawi itu menjawab:

“Tanya perasaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz apabila dilucutkan jawatan oleh UMNO. Saya nak tahu jawapan mereka. Lepas tu saya jawab apa perasaan saya.

“Dulu ketika saya bela mereka, saya lupa nak bertanya perasaan mereka. Saya hanya bangun dan bela mereka tanpa berfikir panjang,” katanya.

Katanya, dia tidak bercakap mengenai perkara itu dengan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengenai sama ada dia masih setia kepada parti, Anina berkata
beliau “setia kepada orang ramai.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s