Anina Meroyan Bila Kena Pecat Kerana Skandal Mesej Seks

anina-meroyan

Bekas ketua wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin tak dapat terima hakikat bahawa dirinya telah dipecat dari jawatan tersebut kerana terlibat dengan skandal mesej seks bersama dengan bekas pembantunya.

Apa lagi meroyan la jadinya… Beberapa jam selepas dirinya dipecat… Anina dimaklumkan bahawa dia dipecat kerana terlibat dengan skandal mesej seks bersama bekas pembantunya.

Berang dengan tindakan parti memecatnya… Anina mendakwa hanya parti yang bodoh sahaja akan tunduk dan terpengaruh dengan skandal bodoh. Kredibiliti Anina sebagai srikandi PPBM tercalar dan gugur setelah ‘screenshot’ perbualan mesra melalui aplikasi Whatsapp antara Anina dan seorang lelaki tersebar luas di media sosial.

Namun begitu, Anina menafikan perkara tersebut… Beliau mendakwa dirinya bukanlah orang pertama yang terpalit dengan skandal seks. Tan Sri Muhyiddin Yassin juga melalui perkara yang sama tetapi kenapa dirinya tidak dipecat??

Pada Jun yang lalu… Muhyiddin dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang! Seorang penulis blog, Raja Petra Kamarudin juga turut mendedahkan satu akuan berkanun yang dikeluarkan seorang bekas timbalan pendakwa raya untuk kes perceraiannya.

Tapi macam biasa la… Bagi menafikan perkara itu, Muhyiddin menuduh pemimpin UMNO menggunakan taktik kotor untuk memburuk-burukkan namanya. Disebabkan itu, Anina tidak berpuas hati dengan keputusan parti memecatnya dari jawatan tersebut.

Anina mempersoalkan ketika mereka dilanda skandal seks… Dirinya mempertahankan mereka tanpa banyak soal. Namun ketika dirinya dilanda skandal seks.

Senang-senang je dorang buang macam sampah. Dari situ korang boleh nampak bagaimana parti bunga itu melayan ahlinya, bila dilanda masalah sikit je terus kena buang macam sampah. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s