Ainul Aishah Tidak Akan Tinggalkan Perniagaan Biskut Miliknya

AINUL AISHAH

Sibuk berkejar ke lokasi penggambaran telefilem dan drama termasuk teater sulung, ‘Puteri La Galigo’ menyebabkan perniagaan biskut milik pelakon, Ainul Aishah, 31, terhenti seketika.

Mula menjual biskut jenama ‘A Cookies’ hasil air tangan sendiri sejak tiga tahun lalu, Ainul berjanji akan memberi tumpuan kepada perniagaannya itu mulai 2017.

“Disebabkan sibuk berlakon, saya tak boleh beri tumpuan kepada perniagaan biskut hingga terpaksa menolak tempahan.

“Tapi saya takkan tinggal perniagaan ini. Saya sudah sebati dan suka membuat biskut. Kali ini saya akan ‘all out’ menjual semula biskut saya,” katanya..

Ainul yang merancang membuat biskut di rumah saja, berkata sebelum ini dia mempunyai pelabur untuk projek terbabit dan premis untuk menyediakan biskut.

“Kali ini, jika tiada sokongan pelabur, saya akan buat biskut di rumah saja,” katanya yang juga merancang mengeluarkan koleksi pakaian Aidilfitri bersama rakan kongsi, tidak lama lagi.

Ainul yang menjual ais krim yogurt Tutti Fruitti beberapa tahun lalu, sedar usahawan sepertinya perlu berani bersaing dengan peniaga lain.

Mengenai dunia seni, Ainul yang sudah 10 tahun menjadi pelakon, gembira drama ‘Lara Aishah’ yang sedang disiarkan membuatkan namanya diingati semula.

Drama ‘Lara Aishah’ sebanyak 1oo episod diarahkan Riza Baharudin. Ia diadaptasikan daripada siri telenovela Mexico popular berjudul ‘La Loba’.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s