Tugu Patung Tertinggi Di Dunia Bakal Dibina Di India

Perdana Menteri India, Narendra Modi pada Sabtu menyempurnakan upacara meletakkan batu asas pada tapak pembinaan tugu patung tertinggi dunia yang menelan belanja beratus juta dolar, sekali gus mencetuskan kritikan dan petisyen atas talian bagi menentang projek itu.

Patung Chhatrapati Shivaji, yang merupakan pemerintah Hindu kurun ke-17 yang melawan dinasti Islam Mughal hingga membentuk kerajaannya sendiri, adalah bersaiz lebih daripada dua kali ganda Statue of Liberty di Amerika Syarikat dan lima kali lebih tinggi daripada tugu patung Christ the Redeemer di Rio de Janeiro.

Struktur itu yang merupakan projek Narendra itu akan didirikan setinggi 192 metres di sebuah pulau di Laut Arab iaitu di pantai barat Mumbai.

Jika siap kelak, ia akan merampas rekod patung tertinggi dunia daripada tugu patung Buddha di Spring Temple, Henan, China.

“Walaupun dalam situasi terdesak, Shivaji kekal menjadi lambang pentadbiran yang baik. Banyak aspek peribadinya memberi inspirasi kepada kita,” ujar Narendra dalam acara perasmian itu.

Kerajaan negeri Maharashtra, dengan Mumbai sebagai ibu kotanya, dijangka membelanjakan sejumlah 36 bilion rupee (RM2.38 bilion) untuk patung tersebut, yang dijadual siap pada tahun 2019.

Projek itu bagaimanapun telah menerima kritikan daripada pihak yang mahukan kerajaan menggunakan sumber itu untuk infrastruktur, pendidikan dan pembangunan.

Pada petang Sabtu, lebih daripada 27,000 orang telah menandatangani petisyen di laman Change.org bagi mendesak pemerintah supaya membatalkan projek berkenaan.

“Selain suatu pembaziran, projek tugu patung ini turut menjejaskan alam sekitar, lebih-lebih lagi dengan keadaan lalu lintas di selatan Mumbai serta menimbulkan isu keselamatan,” kata petisyen itu.

Nama Shivaji, yang menjadi simbol kebangkitan budaya Hindu, banyak diabadikan di Maharashtra – daripada stesen kereta api hinggalah ke lapangan terbang.

Sebelum ini Narendra telah meluluskan tugu patung setinggi 182 meter yang memberi penghormatan kepada wira kemerdekaan India, Sardar Vallabbhai Patel, di negeri asalnya di Gujarat. Projek bernilai 25 bilion rupee (RM1.65 bilion) itu telah dimulakan pada tahun 2014.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s