Tajul Arif ‘Pengubat’ Rindu Kepada Arwah Achik Spin

Nama penyanyi yang popular menerusi lagu ‘Ku Rela Dibenci’, Aiman Tino, tak perlu lah Miss memperkenalkan lagi yer.. Miss rasa dah ramai yang mengenali penyanyi berusia 18 tahun tu, terutama di kalangan remaja-remaja yang ‘gilakan’ lagu tangkap leleh tu kan.. Hahahaa..

Lagu tangkap leleh pun, dalam masa dua bulan jer viewers untuk video klip lagu tu dah mencecah 20 juta lebih u’olls.. Satu pencapaian yang amat membanggakan! Tengok jer lah Aiman sekarang, tak sampai setahun jagung dalam industri muzik dah popular dan nama dia sering meniti dibibir peminat..

Tapi Miss bukannya nak menceritakan pasal finalis Anugerah Juara Lagu 31 tu pun, Aiman dah dikenali ramai.. Cuma ini, Miss nak cerita mengenai penyanyi baru Tajul Arif yang jugak merupakan adik bongsu kepada arwah Achik Spin.. U’olls kenal tak siapa Tajul??

Mungkin ada yang mengenali Tajul dan mungkin tidak.. Lagipun Tajul baru lagi menapak dalam industri muzik tanah air.. Bila Miss dengar suara Tajul, pasti akan teringatkan arwah Achik.. Lagi satu, Miss tengok Tajul ni berpotensi nak mengikut jejak Aiman.. U’olls tak percaya ke??

Dalam masa dua bulan jer, lagu ‘Sedalam-Dalam Rindu’ yang dinyanyikan Tajul dah dapat tontonan 6 juta views.. Itu baru jer video klip lirik, tapi dah mencecah berjuta-juta.. Tak silap Miss, Tajul jugak pernah menyanyikan lagu tersebut secara berduet dengan Siti Nordiana.. Ramai yang memuji keserasian dorang! – Misshana/Utaranews

https://www.youtube.com/watch?v=QMnR3BCRbII

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s