Penderitaan Etnik Rohingya Dapat Perhatian UMNO Bahagian Jelutong

Penindasan terhadap etnik Rohingya di daerah Rakhine Myanmar, mendapat perhatian UMNO Bahagian Jelutong yang mengambil inisiatif melaksanakan kutipan tabung untuk membantu etnik berkenaan.

Ketuanya, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, berkata melalui kutipan tabung yang dilaksanakan dengan kerjasama semua kariah masjid dalam Parlimen Jelutong itu, pihaknya berjaya mengumpul dana sebanyak RM7,747, selepas dua minggu dilancarkan.

Beliau berkata, pihaknya bersyukur dan berterima kasih kepada orang awam dan kariah masjid yang turut serta menyalurkan sumbangan bagi membantu masyarakat minoriti Islam yang menjadi mangsa keganasan berkenaan.

“Seharusnya sebagai saudara Muslim, kita perlu membantu mereka walaupun sumbangan yang diberikan bukan dalam jumlah yang besar.

“Namun, kita berharap sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk membantu etnik Rohingya yang menjadi mangsa kekejaman di Myanmar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Rohingya Media Prima dalam Program Santai Anak Muda Jelutong, di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sungai Pinang, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim.

Dalam program itu, Rafizal mengumumkan peruntukan RM5,000 kepada Pemuda UMNO Jelutong bagi mempergiatkan aktiviti bersama anak muda dalam membendung masalah gejala sosial.

Rafizal berkata, program bersama anak muda perlu diperluaskan dari semasa ke semasa supaya masa mereka terluang dengan aktiviti bermasyarakat sekali gus membentuk jati diri yang baik.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s