KPT Tidak Akan Bertolak Ansur Dengan Pelajar Yang Terbabit Dalam Kegiatan Yang Tidak Bermoral

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak akan bertolak ansur dengan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang didapati terbabit dalam kegiatan ekstrim dan ajaran sesat, termasuk mereka yang belajar di luar negara.

Menteri, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata, KPT sentiasa bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen bagi mengesan pelajar terbabit dalam kumpulan tertentu yang boleh merosakkan imej negara.

Katanya, kementerian juga akan mengesyorkan kepada pihak terbabit supaya mengetatkan pengeluaran visa kepada pelajar yang ingin menuntut di luar negara, supaya hanya pelajar yang benar-benar bersih daripada sebarang aktiviti haram dibenarkan belajar di luar negara.

Beliau berkata, kementerian tiada halangan jika agensi terbabit mengambil tindakan terhadap pelajar bermasalah.

“Kita serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa keselamatan untuk menentukan status pelajar sebelum mereka dibenarkan mendapat visa,” katanya mengulas penangkapan dua penuntut Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), di Shah Alam, Selangor oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana disyaki terbabit dengan kumpulan pengganas Daesh.

Ahli Parlimen Besut itu berkata sehingga kini, KPT tidak mengetahui jumlah pelajar IPT yang disoal siat PDRM berkait dengan isu pengganas Daesh.

Sementara itu, Idris memuji usaha pelajar Politeknik Kota Bharu, Kelantan, yang berjaya menghasilkan bebola lumpur untuk meningkatkan tahap kebersihan dan kualiti air yang kotor.

Katanya, projek pertama dilancarkan itu menguji tahap kebersihan air dalam longkang dan dalam tempoh seminggu bebola itu dimasukkan ke dalam longkang, air akan menjadi bersih dan jernih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s