Jaden Smith Nekad Ingin Jadi Artis K-Pop

Ketaasuban anak lelaki kepada pelakon Hollywood terkenal, Will Smith terhadap Kpop tidak dapat dinafikan lagi. Tidak hairanlah, Jaden sering dilihat melayangkan komen kepada artis-artis Kpop kegemarannya.

Minat pelakon berusia 18 tahun itu tidak terhenti di situ saja. Sebaliknya, Jaden meluahkan hasrat untuk menjadi artis Kpop melalui laman Twitter.

Melalui status Twitter yang dimuat naik Rabu lalu, Jaden mengejutkan ramai peminatnya dengan Tweet berbunyi:

‘Saya mahu menjadi bintang Kpop’.

Jaden kemudian menguatkan lagi kenyataannya dengan memuat naik status berikut:

‘Sebenarnya, saya sangat serius mahu menjadi bintang Kpop’. Kenyataan itu kemudian dipetik laman hiburan Korea, Koreaboo.

Dua minggu lalu, Jaden melayangkan Tweet kepada kumpulan Kpop kegemarannya, G-Dragon dengan mendakwa kumpulan terbabit menjadi inspirasi untuknya bergiat dalam dunia Kpop.

Lebih mengejutkan, kumpulan terbabit membalas Tweet Jaden dengan mengajak pelakon terbabit melakukan sesuatu bagi merealisasikan impiannya.

Menyoroti latar belakang remaja ini, Jaden mula membabitkan diri dalam industri perfileman Hollywood melalui filem, The Karate Kid berganding dengan Jackie Chan.

Jaden juga muncul dengan beberapa filem lain seperti The Pursuit of Happyness dan After Earth selain menerbitkan EP pertamanya, tahun lalu..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s