Teresa Kok Salahkan TNB & SPAN Atas Isu Air Di Selangor

Teresa Kok (DAP) terus bermain permainan salah-menyalahkan atas pemotongan air semasa Krismas.

Dalam satu kenyataannya baru-baru ini, YB Teresa Kok enggan berhenti mengalihkan kesalahan dari Kerajaan Selangor.

Beliau terus menyalahkan TNB dan SPAN kerana bersetuju untuk memotong air pada waktu yang tidak sesuai.

Kedegilan beliau untuk meletakkan mana-mana kesalahan pada PKR Selangor atau pada MB Selangor, Azmin telah mengkhianati agenda beliau iaitu mempolitikkan isu air ini dengan mengalihkan kesalahan kepada pihak lain.

Ini walaupun pengakuan umum MB Selangor sendiri bahawa Kerajaan Selangor yang telah dua kali menangguhkan tarikh sebelum ini dan telah bersetuju dengan penutupan pada 19 Disember.

Beliau juga telah menuduh BN mempolitikkan isu ini dengan meminta beliau untuk menghentikan permainan menyalahkan ini. Ini adalah pelik kerana BN sekadar menjawab kepada beberapa kenyataan beliau sebelum ini.

Dakwaan beliau dalam kenyataan terbarunya dengan mudah terbukti salah jika beliau hanya bertanya kepada dirinya sendiri beberapa soalan mudah.

a) Bilakah TNB membuat permintaan untuk penyelenggaraan segera bagi loji air?

Jawapan: TNB membuat permintaan itu lebih daripada setahun yang lalu.

b) Entiti manakah yang mencadangkan tarikh 19 Disember itu?

Ia adalah syarikat-syarikat air Selangor yang diuruskan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Kerajaan Selangor.

c) Entiti manakah yang menghentikan dua tarikh yang dijadualkan sebelum ini iaitu pada akhir September dan pada awal Disember – yang menyebabkan ia berpindah ke tarikh 19 Disember?

Jawapan: Seperti yang telah diakui oleh MB Selangor, ia adalah syarikat-syarikat air Selangor yang diuruskan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Kerajaan Selangor.

d) Jika Selangor boleh menghentikan dua tarikh yang dijadualkan sebelum ini yang juga dianggap penting itu, bolehkah anda menghentikan ia untuk kali yang ketiga?

Jawapan: Ya, anda boleh. Tetapi Kerajaan Selangor tidak melakukannya dan telah mencadangkan dan mempersetujui tarikh 19 Disember.

e) Adakah pihak berkuasa air Selangor mempunyai tempoh notis yang cukup untuk mendapatkan atau menyewa set penjana ‘back-up’ yang mencukupi untuk memastikan tidak akan ada ‘downtime’ dan bukan hanya mempunyai kapasiti sebanyak 60%, yang tidak cukup untuk mengelak dari ‘downtime’?

Jawab, Ya, mereka mempunyai masa yang mencukupi. Mereka telah mengetahui mengenai perkara ini sejak sekurang-kurangnya setahun yang lalu dan mereka mengetahui ini sejak sekurang-kurangnya bulan September apabila Air Selangor telah meminta untuk tarikh ini ditangguhkan. Atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh diri mereka sendiri, Air Selangor tidak memilih untuk melakukan ini walaupun mempunyai tempoh notis yang mencukupi.

f) Adakah YB Teresa Kok kemudian mengakui bahawa ini adalah keputusan kolektif?

Ya beliau mengakuinya. YB Teresa mendakwa bahawa ini merupakan keputusan bersama antara TNB, sebagai peminta dengan Air Selangor, pihak yang mencadangkan tarikh, manakala SPAN bertindak sebagai fasilitator.

Walau bagaimanapun, walaupun telah mengakui perkara ini, YB Teresa entah bagaimana akhirnya hanya menyalahkan TNB dan SPAN tetapi tidak menyalahkan Selangor sama sekali.

Saya yakin bahawa Teresa dan pemikiran kritikalnya juga akan bersetuju bahawa di atas adalah bukti yang jelas bahawa beliau telah bermain permainan salah-menyalahkan untuk mengaburi peranan utama Kerajaan Selangor dalam pemotongan air ini.

Jika beliau ikhlas, beliau akan segera meminta Kerajaan PKR Selangor untuk menghalang SYABAS daripada membenarkan TNB ke dalam premis mereka.

TNB tidak mempunyai kuasa untuk memasuki premis atau menutup loji air secara haram.

Tetapi YB Teresa tidak melakukan ini dan sebaliknya memilih untuk mengeluarkan pelbagai kenyataan menyalahkan semua pihak kecuali Kerajaan Pakatan Selangor.

Jika ini tidak mempolitikkan pemotongan air dan cubaan beliau untuk mengalihkan kesalahan kepada orang lain, maka saya tidak tahu apakah ia. – L.S.S

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s