Nama Anak Kareena Kapoor Dikecam Peminat

Nama Taimur Ali Khan Pataudi, anak kepada pelakon Bollywood Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan yang dipilih sempena nama pemimpin empayar Moghul, Timur the Lame telah dikutuk segelintir pengguna laman sosial.

Mereka mengatakan nama tersebut tidak sesuai diberikan kepada bayi secomel Taimur dan mendakwa Timur the Lame seorang pemimpin kejam yang bertanggungjawab membunuh ratusan ribu penduduk berketurunan India pada tahun 1339 selepas masihi.

Bagaimanapun, bapa saudara Kareena, pelakon Rishi Kapoor mempertahankan nama berkenaan dan mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

“Tahniah kepada Kareena dan Saif! Terima kasih kepada semua ucapan, akan menyampaikannya,” kata aktor veteran itu dalam Twitter.

Anggota keluarga pasangan suami isteri itu termasuk Karisma Kapoor, Soha Ali Khan dan Kunal Kemmu, turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran anggota baru itu.

“Keluarga kami amat gembira. Taimur Ali Khan Pataudi cukup comel dan kedua-dua ibu dan anak sihat!” menurut tweet adik Saif, Soha. Bekas Ketua Menteri Jammu Kashmir, Omar Abdullah, turut mengkritik mereka yang mempersendakan pemilihan nama itu.

Abdullah berkata, sebagai ibu bapa, Saif dan Kareena berhak memutuskan nama anak mereka. Dalam akaun Twitter, beliau menulis: “Orang yang berhak memutuskan nama bayi ialah ibu bapanya. Mengapa orang lain hendak masuk campur?

“Tahniah kepada Saif dan Kareena. Semoga Taimur Ali Khan menikmati kehidupan yang gembira dan sihat.” Taimur ialah anak pertama Kareena manakala Saif mempunyai dua anak hasil perkahwinan pertamanya dengan pelakon Amrita Singh, Sara dan Ibrahim.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s