KJ Kecewakan Pemuda PAN??

Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) melahirkan kekecewaan terhadap sikap tidak optimis Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Ketuanya, Mohd Sany Hamzan berkata, Khairy sepatutnya membuka minda dan positif dengan segala usaha generasi muda termasuklah yang kritikal terhadap kerajaan.

“Malaysia sedang menghadapi krisis kepimpinan yang sangat kritikal. Negara ini menjadi perhatian seluruh dunia apabila terpalit dengan skandal mega.

“Suasana negara ketika ini menuntut kepada perubahan dan kebangkitan rakyat, khususnya anak muda. Momentum kebangkitan generasi Y ini perlu dijelmakan dan dinatijahkan melalui Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Khairy pada kelmarin dipetik berkata beliau mengalukan sumbangan idea dan pandangan gerakan belia termasuk daripada pihak pembangkang dalam pembangunan  negara.

Namun ujar beliau lagi, pandangan itu perlulah ke arah perkembangan positif bukan mempunyai agenda tertentu.

Mohd Sany ketika mengulas kenyataan Khairy berkata, apa yang dikatakan menteri BN itu jelas merupakan klise politikus kerajaan yang cenderung sangsi dengan kumpulan ‘tidak sekepala’.

Menurutnya lagi, perancangan yang digagaskan oleh Gabungan Anak Muda Demi Malaysia untuk menganjurkan Kongres Anak Muda Malaysia 2017 adalah bertepatan dengan kehendak semasa.

“Kami menyokong sepenuhnya usaha yang digiatkan ini bagi membangkitkan gelombang anak muda dalam usaha menyelamatkan Malaysia.

“Kami yakin, kongres yang bakal dianjurkan ini akan menjadi pemangkin kepada perubahan secara total seterusnya berjaya mencapai matlamat utama iaitu mengubah pentadbiran negara yang sekian lama dicengkam oleh BN,” katanya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s