Ikea Pening Kepala Dengan Karenah Pelanggan ‘Durjana’

Kedai kelengkapan rumah Ikea memang satu nama yang tak perlu diperkenalkan lagi.. Satu dunia rasanya tahu tentang kedai kelengkapan rumah Ikea ni.. Terkenal disebabkan barang-barang kelengkapan rumah yang cukup cantik..

Tapi Ikea nampaknya dah mengamuk dengan beberapa pelanggan yang suka guna taktik kotor untuk tidur secara percuma di dalam kedai mereka.. Korang jangan tak percaya, setiap hari Ikea di seluruh dunia berjaya tangkap hampir 10 orang yang selalu ‘curi-curi’ tidur di dalam kedainya..

Pelanggan ‘durjana’ seperti ini selalunya gunakan taktik yang sama dengan pelanggan lain.. Dorang akan datang dan masuk ke kedai Ikea macam pelanggan lain.. Tapi bila kat dalam kedai tu, dorang akan menyembunyikan diri didalam almari semasa waktu siang sehingga ke malam..

Bila kedai dah tutup waktu malam, baru pelanggan-pelanggan ini akan keluar dari tempat persembunyian dan tidur di atas katil Ikea yang empuk.. Menjelang pagi, bila kedai di buka semula.., pelanggan ‘durjana’ ini akan keluar dari kedai macam tak ada apa-apa yang berlaku..

Harap-harap Ikea di Malaysia tak ada la pelanggan yang perangai buruk macam ni.. Nak tidur secara percuma pun, tak payah la sampai nak menyeksa diri sendiri sampai sembunyi dalam almari.. Balik tidur di rumah sendiri jelah, walaupun tak ada katil empuk macam di Ikea..

Selesa pun selesa tidur di rumah sendiri dari tidur di kedai Ikea yang dikawal oleh pengawal keselamatan.. Tiap-tiap malam pengawal akan ronda kedai untuk pastikan tak ada pelanggan yang tidur di atas katil.. – MissA/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s