Faiz Subri Masih Lagi Memerlukan Undian Anda Rakyat Malaysia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terus menzahirkan sokongan dan menyeru rakyat Malaysia supaya tidak berhenti mengundi jaringan ajaib pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri bagi anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Afandi Hamzah, berkata ini adalah peluang keemasan terbaik untuk Malaysia melakar sejarah terbesar, yang tidak pernah lagi dicipta di rantau Asia.

“Meskipun saingan kancah bola sepak tempatan sudah berakhir, kegemilangannya masih belum lagi padam kerana kita masih menunggu debarannya pada tarikh 9 Januari ini.

“Ayuhlah kita sama-sama mendoakan agar pemain daripada negara kita dapat meraih anugerah terbabit.

“Saya mengharapkan rakyat Malaysia terus mengundi jaringan itu bagi memastikan impian kita menjadi kenyataan,” katanya ketika berucap pada pembukaan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016..

Sepakan percuma yang ‘melanggar hukum fizik’ itu dilakukan ketika aksi Liga Super di antara Pulau Pinang dan Pahang.

Jaringan itu kini mendahului jumlah tontonan di laman Youtube rasmi badan induk bola sepak antarabangsa itu dengan mencatat lebih 2.1 juta tontonan.

Dalam masa sama, Afandi mahu juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah dengan menjadi pasukan pertama negara ini yang layak bersaing ke Liga Juara Juara Asia (ACL) musim hadapan.

“Tahniah kepada JDT kerana menjadi juara Liga Super buat kali ketiga berturut-turut dan merangkul Piala Sumbangsih serta Piala FA.

“Mereka sekali lagi akan mewakili negara ke pusingan kelayakan ACL. Kami mendoakan agar JDT dapat melepasi pusingan kelayakan ini dan menjadi pasukan Malaysia pertama beraksi di saingan itu,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s