Saharul Ridzwan Kantoi Menipu!!

Siapa yang tak kenal dengan pelakon yang popular menerusi drama ‘Hati Perempuan’, Saharul Ridzwan ni kan.. Miss tengok perkembangan lakonan Saharul kini semakin berkembang dengan baik.. Bukan setakat berkembang dalam lakonan jer, malah sering dipilih untuk menjadi duta pelbagai produk.. Itulah namanya rezeki..

Tetapi kalau dah menjadi artis memang tak boleh lari dari dihimpit dengan kontroversi panas, begitu jugak lah dengan Saharul yang tak terkecuali.. Miss dengar nama Saharul kini menjadi bualan hangat bila Saharul dikatakan ‘menipu’ penganjur majlis? Tipu apa ek??

Berdasarkan sumber yang Miss dapat, nama Saharul dikatakan tercatat sebagai salah seorang artis yang perlu hadir dalam sebuah majlis baru-baru ni.. Tetapi Miss dengar Saharul tak hadir lah pulak dalam majlis tu.. U’olls nak tahu apa sebabnya??

Saharul dikatakan memaklumkan kepada pihak penganjur yang dia tak dapat hadir sejam sebelum majlis tu bermula kerana ‘kurang sihat’.. Kalau dengar alasan tu seperti tak ada benda yang nak dikecohkan, betul tak?? Mungkin Saharul betul-betul tak sihat kan..

Tetapi yang menjadi isunya tu bila Miss dengar ada pihak mendakwa dia ada buka laman sosial Instagram Saharul pada malam hari yang sama dengan majlis tu berlangsung, Saharul dikatakan sedang baik punya bersenam di gimnasium u’olls.. Amboii.. Pergi gym sihat pulak Saharul yer??

Jadi, ini bermakna alasan yang diberikan Saharul sebab tak hadir ke majlis tu hanya propa jer lah?? Sengaja tak nak datang, itu pasal mereka-reka alasan yang kononnya tak sihat bagai.. Padahal sihat walafiat jer! Kalau macam ni gaya Saharul, lepas ni jangan hairan lah bila dia tak dijemput ke mana-mana majlis lagi.. – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s