Rukun Islam Cuba Dipolitikkan Di Pulau Pinang

1c-copy

Seluruh umat Islam di dunia sudah sedia maklum bahawa pemberian zakat itu adalah sebahagian daripada tugas Amil. Ini adalah bagi mengelakkan penyelewengan dan juga salahguna hasil zakat yang dikumpul bagi membantu golongan umat Islam yang fakir di satu-satu kawasan tersebut.

Tetapi keadaan berbeza kini di Pulau Pinang, apabila orang kafir dibolehkan mengambil alih tugas amil didalam pemberian bantuan zakat kepada orang Islam. Walaupun diberikan alasan kononnya ia dibolehkan kerana pegawai dari pihak zakat hadir semasa penyerahan bantuan tersebut, ianya disifatkan sebagai satu alasan yang sangat dangkal.

Persoalan yang membelenggu rakyat khususnya umat Islam sekarang ini ialah, sejak bila pula seorang Amil boleh menurunkan kuasanya kepada orang kafir seperti yang dijawab oleh Pengarah Zakat P.Pinang berkenaan isu P.Ramasamy memberi bantuan zakat di pejabat DAP?

Jika perkara ini dibenarkan berlaku, selepas ini berlumba-lumbalah orang kafir akan cuba memanipulasi pemberian zakat yang merupakan satu ibadah didalam agama Islam yang menjadi agama rasmi negara.

Perkara ibadah tak seharusnya dijadikan alasan dan dipermainkan hanya semata-mata kerana mahu berpolitik! Mengeluarkan Zakat merupakan salah satu Rukun Islam yang WAJIB dilakukan oleh semua umat Islam tanpa kompromi. Jadi mengapakah ianya dipolitikkan?

Umat Islam yang mengeluarkan zakat sudah tentu tidak mahu dan tidak suka apabila hasil ibadah mereka dipermainkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan politik. Apatah lagi apabila diketahui pula hasil zakat tersebut digunakan oleh orang kafir demi meraih simpati politik.

Apakah pihak Zakat P.Pinang mahu mempolitikkan Rukun Islam di P.Pinang hanya semata-mata kerana mereka kini bertuankan pemimpin kafir di negeri tersebut? Seseorang yang layak dijadikan Amil zakat haruslah memenuhi kesemua syarat-syarat iaitu,
a. Beragama Islam;
b. Mukallaf (berakal dan baligh);
c. Amanah;
d. Memiliki ilmu pengetahuan tentang hukum-hukum zakat dan hal lain yang terkait dengan tugas Amil zakat.

Apakah pihak terbabit merasakan Ramasamy menepati ciri-ciri sebagai seorang Amil? Jika benarlah orang kafir seperti pemimpin DAP berkenaan layak mengambil alih tugas Amil untuk mengagihkan bantuan Zakat kepada umat Islam, beranikah pihak Zakat negeri melantik beliau sebagai Amil yang SAH?

Sewajarnya pihak Zakat negeri, Mufti serta pihak Majlis agama yang ditugaskan menjaga kesyumulan Islam di P.Pinang, berusaha mengelakkan isu-isu sensitif mengenai agama seperti ini berlaku. Bukannya bersekongkol dengan pihak-pihak kafir yang mahu mempergunakan Islam!

Jangan pula hanya kerana mahu menjaga hati kepimpinan kafir diatas, pihak-pihak terbabit rela mentafsirkan hukum sendiri bagi menghalalkan niat politikus kafir menunggang agama Islam bagi meraih sokongan orang fakir didalam negeri.

Allah SWT telah berfirman didalam QS. an-Nisa ayat ke-58 yang bermaksud..,

‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat’.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s