PAS Mahu PKR Kuburkan Parti Mat Sabu Untuk Selama-Lamanya

7c-copy

PAS memberi kata dua kepada PKR agar memilih sama ada menguburkan parti Mat Sabu sebelum Pilihanraya Umum ke-14, atau lupakan sahaja kerjasama dengan parti Islam tersebut. Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, PAS hanya akan menerima PKR sebagai rakan kerjasama jika PAN sudah tiada dalam Pakatan.

Menurut beliau, jika PKR bergabung dengan PAN didalam Pakatan Harapan, maka nama PAN akan lenyap dari muka bumi ini.., jadi tidak ada isu PAN akan bertanding lagi pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) akan datang.

Iskandar juga menyatakan jika PKR bergabung dengan PAN atas nama baru yang ada keahlian PAN, PAS tidak akan kerjasama dengan mereka melainkan ahli-ahli PAN menyertai PKR dan membubarkan Parti Amanah Negara yang kini menjadi benteng DAP didalam Pakatan.

Dalam pada masa yang sama, Naib Presiden PAS itu menegaskan parti Islam SeMalaysia tak akan sesekali menyerahkan satupun kerusi milik mereka kepada sesiapapun pada pilihanraya umum akan datang.

Malah PAS juga bersedia untuk menghadapi pertembungan tiga penjuru dari mana-mana parti kerana yakin dengan kekuatan yang mereka miliki, biarpun hasrat itu ditentang oleh parti Mahathir dan juga DAP.

Sebelum ini Menteri Besar Selangor, Azmin Ali bertindak menyokong cadangan Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin yang mahukan PAN bergabung dengan PKR. Cadangan tersebut disifatkan sebagai satu langkah bijak untuk menambah kekuatan PKR.

Bagaimanapun pandangan Menteri Besar Selangor itu dilihat berbeza dengan pendirian Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution yang menyifatkan idea itu masih terlalu awal dan terlalu sensitif untuk dibincang terutamanya ketika pilihanraya hampir menjelang.

PAS kini menjadi rebutan diantara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan juga PKR kerana mereka mahu mendapatkan sokongan dari penyokong parti melayu kedua terbesar di Malaysia tersebut. Namun PAS sehingga kini masih lagi bermain tarik tali dengan kedua-dua pihak termasuk UMNO.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s