Norish Karman Kini Bergelar Seorang Pembaca Berita

Nampaknya artis ni dah bertukar bidang daripada menjadi pelakon, kini menjadi pembaca berita lah pulak.. Tapi Miss rasa macam kelakar pulak tengok pelakon Norish Karman jadi pembaca berita.. Hahaha.. Macam tak sesuai jer.. U’olls rasa sesuai ke Norish jadi pembaca berita??

Sesuai ke tidak, Norish dah rasmi menjadi seorang pembaca berita pun.. Hahaha.. Miss dengar ada yang mendakwa Norish jadi pembaca berita disebabkan sudah tidak mempunyai tawaran berlakon.. Senang cerita tak laku lah! Bila perkara tu menjadi bualan hangat, tuan empunya badan tampil menafikan dia menjadi pembaca berita kerana tak ada ‘job’ dalam bidang lakonan..

Kalau u’olls nak tahu, Norish kini menjadi pembaca berita untuk saluran Bernama news Channel.. Norish mengatakan keputusan untuk menjadi pembaca berita kerana didorong perasaan minat dan jugak pernah mempunyai pengalaman sebagai pembaca berita di negara kelahirannya, iaitu Singapura..

Masa tu Norish muda lagi, baru berusia 18 tahun.. Tapi betul ke Norish memilih menjadi pembaca berita kerana minat?? Bukannya disebabkan memang dah tak laku dalam bidang lakonan ke?? Mana lah tahu kan, Norish sengaja jer nak ‘cover’ kononnya kerana minat dia jadi pembaca berita.. Padahal memang dah tak laku, itu pasal cuba bidang lain pulak..

Cuma nasib lah bidang baru yang diceburi Norish tu pernah dicubanya sebelum ni.. Lagipun, Miss tengok Norish memang dah kurang muncul di kaca televisyen.. Tapi apa-apa pun, Norish perlu lah jaga imejnya sebagai pembaca berita yer.. Jangan bikin kontroversi panas lagi.. Kalau tak, rosak imejnya sebagai pembaca berita!! – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s