Neelofa ‘Caras’ Idea Vie Shantie Untuk Koleksi ‘Mesra Solat’

3a-copy

Adoyaiii.. Neelofa dan berita sensasi bagai sukar dipisahkan.. Ada-ada jer namanya dihimpit dengan kontroversi panas.. Miss rasa Neelofa layak dapat gelaran ‘ratu’ kontroversi untuk tahun ni lah! Hahahhaa.. Yela, sejak akhir-akhir ni nama Neelofa tak habis-habis menjadi bualan hangat dek kerana kisah cintanya bersama pelakon Fattah Amin jer..

Terbaru, Neelofa sekali lagi menjadi bualan hangat bila dikatakan bergaduh dengan bekas isteri Datuk Eizlan Yusof, Vie Shantie Khan yang merupakan kawan baik Neelofa.. Aishh! Apa masalah pulak dorang berdua ni yer?? Sebelum ni bukan main baik lagi, sampai menunaikan ibadah haji bersama-sama..

Tup! Tup! Dengar bergaduh pulak, apa cer ni u’olls? Miss dengar ada yang mendakwa hubungan Neelofa dan Vie menjadi dingin gara-gara penghasilan koleksi ‘mesra solat’.. Al-kisahnya, idea asal tersebut dikatakan dari Vie, tetapi Neelofa pulak terlebih dahulu mengeluarkan pakaian muslimah tersebut..

Ohhh.. Ini kira Neelofa ‘caras’ idea kawan baik sendiri lah ek.. Bila perkara ni menjadi bualan hangat, Neelofa tampil menafikan hubungannya dengan Vie sedang dingin.. Kononnya hubungan dorang masih lagi baik seperti sebelum ni..

Isu ‘caras’ idea penghasilan ‘mesra solat’ pulak, Neelofa mengatakan tiada isu tiru meniru.. Kononnya dorang berdua dah merancang untuk melakukan hal yang sama tetapi secara berasingan.. Yeke Neelofa?? Atau sengaja nak cover jer?? Miss tengok Neelofa sekarang pun suka memberi kenyataan berbelit-belit..

Lagi satu, Miss dengar Neelofa tak hadir ketika Vie melancarkan koleksi berkenaan.. U’olls nak tahu penjelasan Neelofa mengenai perkara tu, Neelofa mengatakan dia tak dapat hadir kerana berada didalam mood yang tak baik dan dah memaklumkan perkara tersebut kepada Vie..

Vie sendiri pun ada mengesahkan perkara tersebut dan jugak menegaskan hubungannya dengan Neelofa masih lagi baik.. Macam-macam hal! Ataupun isu ni timbul hanya untuk melariskan koleksi ‘mesra solat’ dorang berdua jer?? Mana lah tahu kan, itu jer caranya untuk menarik perhatian orang lain.. – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s