Mukhriz Anggap PAS Kini Jadi Kuda Tunggangan UMNO

3c-copy

Tak habis-habis lagi nampaknya anak Mahathir ini membelasah PAS yang semakin menjauhi Pakatan Harapan pimpinan DAP. Agaknya Mukhriz beranggapan bahawa, jika beliau berbuat demikian maka PAS akan takut dan beralah kepada DAP.

Tapi Mukhriz sebenarnya lupa bahawa pemimpin-pemimpin PAS lebih kenal dengan perangai DAP yang dijadikan ketua oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekarang ini. PAS lebih lama bergelumang didalam kandang Pakatan, sebelum memilih jalan untuk menyucikan diri dari semua kotoran yang dibawa oleh DAP.

Pemimpin-pemimpin PAS juga tahu bahawa setiap karakter pemimpin DAP yang sememangnya gemar memanipulasi pihak lain demi keuntungan mereka sahaja. Sebab itulah Presiden PAS serta kepimpinan Majlis Syura mereka menolak sepenuhnya kerjasama dengan parti chauvinis tersebut.

Oleh itu, suara Mukhriz yang memekik-mekik didalam ceramah Pakatan sekarang ini boleh lah dianggap seakan suara DAP yang sedang memperkeldaikan pemimpin parti cap Bunga itu sahaja. Malah, kemungkinan besar skrip Mukhriz pun DAP yang aturkan.

Mukhriz ada hati mahu mengatakan PAS sebagai ‘Kuda UMNO’ kerana tidak mahu berkerjasama dengan DAP. Tapi beliau tak sedar, yang parti Cap Bunga nya telah dipijak-pijak dan hanyalah alas kaki didalam Pakatan Harapan.

Mukhriz sendiri masih belum tahu untung nasibnya di Pilihanraya umum nanti, jadi tak perlulah beliau mahu berlagak besar dan ‘sembang deras’ untuk menentukan kerusi mana yang PAS akan menang dan kalah.

Sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru sekalipun, apakah parti Cap Bunga dan Parti Mat Sabu mampu menewaskan PAS? Dikawasan kubu kuat PAS seperti di Parlimen Pokok Sena, UMNO pun tak mampu menewaskan Mahfuz walaupun beliau bukanlah berpelajaran tinggi.

Jadi apakah peluang Mukhriz dan parti cap bunganya untuk menang di Pilihanraya Umum ke-14 akan meningkat, jika beliau memilih untuk bergaduh dengan PAS dan UMNO? Ahli dan penyokong PAS bukannya tak cerdik untuk memilih parti yang menjadi ‘macai DAP’ seperti PPBM dan juga PAN.

Dan tak perlulah Mukhriz mahu menuduh bahawa UMNO akan memecahkan undi PAS kerana yang memecahkan undi melayu didalam pembangkang adalah parti bapak Mukhriz dan juga parti Mat sabu selain dari parti suami Wan Azizah. Rakyat nampak semua permainan DAP tersebut.

Yang kurang bersinar akalnya disini adalah Mukhriz sendiri, walaupun kepalanya semakin bersinar disuluh oleh api roket DAP!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s