Mahathir Mahu Dilantik Jadi Perdana Menteri Semula Selepas PRU14

6c-copy

Arahan Mahathir yang mahu semua pemimpin berdiam diri dari bercakap mengenai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan memenangi Pilihanraya Umum ke-14, menunjukkan bahawa Mahathir masih bernafsu untuk menduduki jawatan itu semula.

Mahathir yang sebelum ini mahukan Muhyiddin di lantik sebagai Perdana Menteri jika Pakatan mampu menewaskan Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang, terpaksa berdiam diri apabila Ketua Umum Pakatan iaitu Anwar Ibrahim bersuara.

Anwar menyifatkan calon Perdana Menteri haruslah dipilih secara sebulat suara oleh pemimpin-pemimpin Pakatan dan bukannya dibuat oleh seorang sahaja. Kenyataan Anwar tersebut sekaligus memadamkan impian Mahathir dan Muhyiddin.

Namun selepas Mahkamah memutuskan Anwar kekal didalam penjara selepas rayuan untuk membebaskannya ditolak, Mahathir kini kembali lantang mengeluarkan arahan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.

Umum mengetahui bahawa Mahathir sememangnya tidak mahu Anwar Ibrahim diangkat sebagai orang nombor satu didalam negara. Sebab itulah Mahathir memecat Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO semasa pemerintahannya dahulu.

Ada cakap-cakap yang mengatakan, Mahathir mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan kerana mahu memastikan cita-cita Anwar Ibrahim untuk menduduki kerusi nombor satu negara tidak tercapai.

Mungkin Mahathir beranggapan, beliau lebih layak dan lebih berkebolehan untuk menduduki jawatan tertinggi kerajaan tersebut berbanding Anwar. Maklumlah, Anwar merupakan anak didik Mahathir didalam politik negara. Takkan lah murid hendak lebih dari guru..

Arahan terbaru Mahathir itu juga dilihat sengaja dibuat supaya anak perempuan Anwar, Nurul Izzah berdiam diri dari mencalonkan nama Anwar sebagai Perdana Menteri. Sebelum ini, Nurul membuat kenyataan bahawa Pakatan akan menamakan calon pilihan mereka dalam waktu terdekat.

Selain itu juga, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad juga mendesak Pakatan segera mengumumkan calon Perdana Menteri jika gabungan pembangkang tersebut mahu memenangi pilihanraya umum akan datang.

Dengan arahan terbaru Mahathir itu, rakyat bakal melihat satu lagi kemelut baru mengenai perebutan jawatan Perdana Menteri didalam gerombolan pembangkang. Sangat memalukan apabila mereka bercakaran sesama sendiri tentang jawatan yang belum mereka miliki!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s