Lagi Drama Sampah Yang Bakal Ditayangkan!

k

Semakin parah lah nampaknya industri drama dan filem sekarang ni! Tak habis-habis dok buat drama sampah dan tak berkualiti untuk ditayangkan di kaca televisyen.. Tak cukup dengan lambakan drama sampah seperti drama ‘Love You Mr. Arang’ yang kini masih ditayangkan di TV3, ni ada lagi drama sampah dalam pembikinan.. Parah!

Dah lah Miss tengok jalan cerita drama ‘Love You Mr.Arang’ tu lebih kurang jer dengan jalan cerita drama ‘Love You Mr.Arrogant’.. Entah apa motif dok buat drama jalan cerita yang sama pun, tak tahu lah.. Dah tak ada idea sangat agaknya nak buat drama, sampai drama sampah macam tu pun ada orang nak buat ‘modal’.. Haishhh!

U’olls tengok jer lah gambar ni, tak lama lagi drama ‘Suamiku Jurumekap’ pulak bakal ditayangkan.. Suka tak?? Hahahah.. Baca tajuk pun dah rasa nak muntah hijau, apatah lagi nak menonton drama tu, memang tak lah.. Lebih baik tengok cerita animasi daripada merosakkan mata dok tengok drama sampah macam ni..

Salah seorang pelakon untuk drama berkenaan adalah pelakon kacak Nazrief Nazri.. Kasihan terpaksa jadi ‘badut’ untuk drama sampah macam tu! Apa lah sangap sangat, sampai ‘Suamiku Jurumekap’ pun boleh dijadikan modal buat drama noh.. Tak cukup dengan drama ‘Suamiku Encik Sotong’ dan ‘Suamiku Jururawat’, kini ‘Suamiku Jurumekap’ pulak..

Lepas ni drama ‘Suamiku’ apa pulak u’olls?? Suamiku ‘Pak Guard’?? Suamiku Penjual Ayam?? Tolong lah buat drama yang berfaedah dan memberi pengajaran sikit, cukup-cukup lah dok saji drama-drama yang tak mendatangkan faedah macam ni.. Dah naik berbulu mata Miss dok tengok drama sampah macam ni!! – Misshana/Utaranews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s