Kerajaan DAP P.Pinang Bina 3 Buah Pulau Baru Untuk Dijual Pada Rakyat

2c-copy

DAP P.Pinang semakin rakus menghancurkan alam sekitar di negeri ini demi mencari keuntungan segera. Projek Pulau buatan yang dirancang oleh mereka baru-baru ini, rupanya dibina untuk dijual kepada rakyat bagi menampung kerugian yang dialami.

Perkara ini tidak pula diwar-warkan kepada rakyat dan disembunyikan diatas agenda-agenda tertentu. Jika benarlah kerajaan DAP itu bersikap telus dan juga adil sepertimana yang Ketua Menterinya selalu sebut dihadapan rakyat, mengapa perkara sebesar ini disembunyikan?

Mengikut laporan, tambakan laut yang dirancang bagi membentuk tiga buah pulau di Permatang Damar Laut, akan dijual oleh kerajaan negeri. Ia bagi mencari dana untuk menampung projek Pelan Induk Pengangkutan (PIP) yang kini meningkat kepada RM46 bilion berbanding kos asal RM27 bilion.

Selain itu, pemimpin DAP sendiri mengaku bahawa projek tambakan laut tersebut akan menyebabkan kemusnahan terhadap alam sekitar serta ekosistem hidupan laut. Rakyat P.Pinang juga berdepan dengan kehilangan harta warisan yang bakal diperturunkan kepada generasi akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Lalu lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow berkata, mana-mana projek tambakan laut sekali pun tidak boleh mengelak daripada memberi kesan kepada alam sekitar.

Menurut beliau, antara kesan yang pasti berlaku ialah kemusnahan kawasan pendaratan penyu di perairan itu seperti dilaporkan sebelum ini di Gertak Sanggul; Pantai Pasir Belanda; Teluk Kumbar; Pantai Medan dan Teluk Tempoyak.

Cuba bayangkan P.Pinang tanpa pantai yang indah serta hidupan marin seperti penyu dan juga ikan lumba-lumbanya. Kehidupan tanpa alam sekitar dan kemusnahan laut inilah yang cuba kerajaan DAP buat di P.Pinang demi mengejar keuntungan sendiri.

Risiko kemusnahan ekoran projek tambak laut itu turut dilaporkan dalam laporan awal penilaian kesan alam sekitar (EIA) seperti didedahkan perunding Tetuan Dr. Nik & Associate, yang menjalankan kajian tersebut pada sesi dialog bersama nelayan minggu lalu.

Antara rumusan daripada dapatan awal kajian itu ialah sesetengah terumbu karang di Pulau Rimau, lokasi pendaratan penyu dan kawasan menangkap ikan di luar pantai selatan negeri ini akan hilang jika projek tebus guna tanah dicadangkan mendapat kelulusan.

Inilah yang berlaku apabila negeri dijajah oleh kapitalis rakus seperti parti DAP dan juga rakan-rakannya didalam Pakatan Harapan. Ini baru sebuah negeri, cuba bayangkan juga bagaimana nasib Malaysia jika diserahkan kepada ‘binatang-binatang politik’ tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s