Juliana Evans Bakal Menikah Dengan Tengku A Pada Tahun Depan

1a-copy

Mendengar khabar mengenai berita perkahwinan pelakon cantik Juliana Evans dan kekasihnya Tengku A, buatkan Miss tersenyum sendirian.

Lepas tu Miss tersedar balik dari lamunan, kenapa pula Miss yang kena senyum sedangkan yang nak mendirikan masjid tu orang lain.

Miss dapat tahu artis jelita berwajah kacukan itu sekarang ini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan dengan kerabat di raja Selangor itu.

Khabarnya, kain pasang sudah siap diedarkan. Baik di pihak perempuan mahupun kaum kerabat terdekat pihak lelaki. Wah! Kalau dah edar kain pasang tu, maknanya semakin dekat lah majlis kan? Setidak-tidaknya mungkin tiga hingga empat bulan dari sekarang!

Tambah sumber Miss itu lagi, Juliana atau mesra dengan panggil Ju itu akan terus melangsungkan perkahwinan dengan Tengku A dan tidak ada majlis pertunangan.

Wah! Diam-diam aje kan. Tapi Miss tak hairan sebab Ju ini pun bukan jenis yang suka heboh-heboh. Sebelum ini pun Ju tak pernah heboh tentang hubungan cintanya, sampailah dihidu oleh pihak media.

Bagaimanapun, sumber Miss itu tak berapa hebat sebab tidak tahu bila majlis tersebut bakal berlangsung. Tak macam spy Miss sebelum ini yang lengkap bagi ‘details’ tentang majlis perkahwinan pelakon Saharul Ridzwan sampai Miss yang ‘scoop’ dulu.

Apa-apa pun, Miss ucapkan tahniah in-advance kepada Juliana dan Tengku A. Semoga dipermudahkan semua urusan kalian sehingga selesai majlis itu nanti.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s