Fikry Lawak Solo Tetap Akan Habiskan Pengajian Walaupun Sudah Bergelar Selebriti

3a-copy

Pemenang tempat ketiga Lawak Solo, Fikry mengakui tetap menyimpan hasrat untuk menyambung kembali pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Fikry atau Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 22, berkata, dia terpaksa menangguhkan pengajiannnya buat sementara waktu kerana ingin memberi fokus untuk menyertai program Lawak Solo.

Namun jelas Fikry dia tetap akan menghabiskan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

“Saya terpaksa menangguhkan pengajian untuk memasuki program ini namun ia tidak bermakna saya akan berhenti belajar.

“Walaupun sudah bergelar selebriti kini namun saya tetap menyimpan hasrat untuk menyambung kembali pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.

“Ini kerana bagi saya pelajaran adalah juga sangat penting dan saya mesti habiskan juga walaupun bukan pada masa yang telah ditetapkan,” katanya..

Fikry berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai adakah dia akan menyambung semula pengajiannya yang ditangguhkan untuk menyertai Lawak Solo.

Tambah Fikry, dia berharap jika diberi peluang untuk mengembangkan lagi bakatnya bukan sahaja sebagai pelawak tetapi pelakon dan pengacara.

“Jika ada tawaran berlakon atau menyertai program lawak saya tidak teragak-agak untuk terima kerana saya memang meminati bidang seni.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s