Biar Rakyat Sendiri Nilai Fitnah Pembangkang

biar-rakyat

Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak perlu tergopoh-gapah dan cepat melatah apabila geng rejim pembangkang menyebarkan fitnah mengenai mereka. Sebaliknya anggota parti perlu bijak menangkis segala tohmahan dan fitnah pembangkang.

UMNO Selangor memberi peringatan kepada ahlinya supaya tidak mudah meroyan dengan fitnah pembangkang. Biar rakyat sendiri yang menilai… Kalau dah fitnah ni, lama kelamaan akan pecah lubang jugak. Fakta sebenar pasti akan muncul, jadi buat rilek sudah.

Mengambil contoh seperti projek pembangunan yang dilaksanakan kerajaan BN di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail mendedahkan sebelum ini pembangkang telah bongkarkan bahawa tugas mereka sememangnya untuk memfitnah.

Apa sahaja projek dan kerja yang dilakukan kerajaan BN pasti akan dikritik mereka… Setiap ahli UMNO harus menghadap pengakuan pembangkang itu. Agar mereka tidak mudah terpedaya dengan agenda busuk rejim tersebut.

Seperti sekarang ini, bekas Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli bukan main lagi menyebarkan fitnah bagi mengelirukan rakyat dengan mendakwa projek Transit Aliran Massa (MRT) Fasa 1 laluan Sungai Buloh-Kajang yang dilancarkan Perdana Menteri minggu lalu, melibatkan kos lima kali ganda daripada peruntukan asal.

Rafizi kata kos yang diperuntukan adalah RM100 bilion… Tetapi hakikatnya hanya RM21 bilion je! Jadi kenapa nak percaya pada dakyah busuk Ahli Parlimen Pandan ini? Sebelum ini juga Rafizi mengaku dah fitnah Lembaga Tabung Haji.

Lepas tu buat macam takde apa-apa dan buat kerja memfitnah lagi… Haish, apa nak jadi ni?? Biar rakyat yang menilai segala fitnah pembangkang ni. Tak cukup dengan fitnah Tabung Haji, kini nak fitnah Tren MRT pulak. Mungkin dorang ni dengki dengan kerajaan BN.

Bukan sekali dua dorang fitnah… Anda ingat lagi tak mengenai fitnah negara akan bankrap?? Itu semua satu penipuan… Kerajaan elok je melaksanakan segala projek untuk rakyat seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Malah satu demi satu projek besar kerajaan berjalan dan hampir siap. Jadi pandai-pandai la korang nilai mana satu fakta mana satu auta. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s