Syed Saddiq Mahu Sedekahkan Hadiah Yang Diberikan Najib Razak Kepada Aktivis Pelajar

syed-saddiq-mahu

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata dengan rela hatinya bakal memberikan hadiah tunai RM10,000 yang diterimanya tahun lalu dalam satu majlis dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ini bermakna Syed Saddiq nak beri wang tunai RM10,000 yang diberikan Najib Razak itu kepada aktivis pelajar, Anis Syafiqah Md Yusof bagi membantu siswa tersebut untuk membayar denda. Biasa la dah nama pun pelajar, jadi mana dorang nak cari duit untuk bayar denda lepas sertai himpunan bodoh Bersih 5 tu.

Kononnya ‘sedekah’ dana amal jariah itu dilakukan sebagai memperjuangkan hak kebebasan bersuara…. Lagipun Syed Saddiq menang anugerah tersebut kerana ‘perjuangannya’ untuk menuntut hak bersuara. Ia adalah Anugerah Perdana Belia Negara.

Syed Saddiq memenangi anugerah tersebut sebanyak tiga kali yang membawa gelaran Pendebat Terbaik Asia. Kononnya pelaburan yang bakal dilakukan itu akan menjadi “pelaburan untuk pemerkasaan kuasa anak muda”.

Elok sangat la tu… Aktivis-aktivis pelajar tu kononnya berjuang demi Pakatan Harapan dan Bersih… Tapi bila aktivis pelajar tu kena denda, dorang boleh buat tak tahu je. Sebaliknya, Syed Saddiq dari PPBM pula yang terhegeh-hegeh nak tolong.

Sebenarnya tujuan asal Syed Saddiq berbuat demikian adalah mahu tunjuk hebat… Kononnya tak kebulur dengan duit yang dihadiahkan oleh Najib. Sebab taknak makan satu sen pun dari duit hadiah tersebut, maka Syed Saddiq nak sedekahkan pada orang lan. Tapi denda tu RM400 je… Yang nak bagi sampai RM10,000 tu dah kenapa?

Terdahulu, Universiti Malaya memutuskan Anis dan 2 lagi pelajar digantung pengajian 1 semester, diberi amaran dan dikenakan denda RM400 kerana terbabit dalam himpunan #TangkapMO1 di Kuala Lumpur pada Ogos lepas. Mereka juga turut dilihat menyertai himpunan Bersih 5. – TiraGomez/UtaraNews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s